OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

New Delhi dilanda gempa 4.0 magnitud

New Delhi dilanda gempa 4.0 magnitud

INDIA: Penduduk di New Delhi, India dikejutkan dengan gempa 4.0 magnitud yang melanda pada jam 5.36 pagi waktu tempatan.

Pusat Seismologi Kebangsaan mendedahkan, gegaran dikesan pada kedalaman 5 kilometer di Dhaula Kuan.

Perdana Menteri Narendra Modi dalam kenyataan di media sosial menggesa penduduk agar kekal tenang dan mengikuti garis panduan serta langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan berlakunya gempa susulan.

Gempa 4.0 magnitud juga dilaporkan berlaku di wilayah Bihar pada jam 8.02 pagi waktu tempatan.

Tiada kerosakan teruk atau kecederaan dilaporkan setakat ini. – NEWS18

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search