OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

YKN salur bantuan RM300,000 kepada kerajaan Sarawak bantu penduduk terjejas

YKN salur bantuan RM300,000 kepada kerajaan Sarawak bantu penduduk terjejas

KUCHING, 13 Februari- Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sumbangan tersebut adalah tanda solidariti serta sokongan kepada kerajaan negeri dan penduduk yang terjejas.

Beliau turut mengakui jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menampung keperluan keseluruhan, namun penyalurannya melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) dapat memastikan pengagihan yang lebih tersusun.

“SDMC tahu apa yang perlu dilakukan walaupun RM300,000 tidak mencukupi, sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kawasan yang terjejas seperti Bintulu dan Miri," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Dalam sidang media sama, beliau turut mengumumkan bantuan serupa akan disalurkan kepada mangsa banjir di Sabah pada minggu hadapan.

YKN turut mengalu-alukan sumbangan daripada pihak korporat dan individu prihatin bagi memperkukuh usaha membantu mangsa bencana.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search