OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) turut tampil bantu mangsa banjir di Sarawak

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) turut tampil bantu mangsa banjir di Sarawak

KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri Sarawak telah menyentuh keprihatinan pelbagai pihak untuk sama-sama membantu rakyat yang terkesan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata selain badan bukan kerajaan (NGO), beberapa syarikat swasta turut turun padang menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

"Terbaru, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) turut sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negeri ini," katanya menerusi hantaran pada akaun Facebook miliknya semalam.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata sumbangan RM50,000 diserahkan oleh Presiden PKBM, Datuk Dr Azman Yusoff kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Wisma Bapa, Kuching, tengah hari semalam.

"Terima kasih saya ucapkan kepada PKBM dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat banjir di Sarawak baru-baru ini," katanya.

 

Setakat malam tadi, jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 604 berbanding 735 pada sebelah petang.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search