OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia

LA PAZ - Sekurang-kurangnya 24 maut dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal susulan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir di Bolivia dengan La Paz menjadi kawasan paling teruk terjejas.

Menurut media tempatan, di bandar Tipuani, utara La Paz, limpahan sungai akibat hujan lebat memaksa penduduk mencari perlindungan di sebuah gereja.

Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari. Ini susulan kenaikan paras air sungai, termasuk Sungai Tipuani.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam, Juan Carlos Calvimontes memaklumkan seorang masih hilang. Katanya, lapan daripada sembilan wilayah di negara itu turut terjejas akibat cuaca buruk tersebut.

Hujan dijangka berterusan sepanjang bulan ini dan berkemungkinan berlanjutan hingga awal Mac. - Awani

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search