OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KPM kenal pasti sekolah terjejas banjir di Sabah, Sarawak

KPM kenal pasti sekolah terjejas banjir di Sabah, Sarawak

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti sekolah yang terkesan dengan banjir termasuk beberapa buah diklasifikasi sebagai 'total loss' akibat bencana berlaku di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, dari pemantauan awal dibuat mendapati jumlah sekolah yang terkesan agak banyak selain menjangkakan kos baik pulih melibatkan jumlah perbelanjaan yang tinggi.

"Banyak sebenarnya tempat yang selama ini tidak pernah banjir, tetapi terkesan kali ini dan sekarang kita sedang mengenal pasti keseluruhan premis KPM yang terjejas dan kos terlibat.

"Kita jangka kos memang sangat besar kerana berdasarkan pemantauan awal menunjukkan bahawa premis yang terlibat dengan banjir sangat banyak, ia menyebabkan persiapan kali ini jauh lebih penting kerana tinggal seminggu lagi untuk memulakan sesi persekolahan baharu," katanya.

Beliau berkta demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, ketika ini kerja pembersihan di sekolah-sekolah yang terjejas dengan banjir giat dijalankan kerana pihaknya mahu memastikan murid dapat hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baharu tidak lama lagi.

"Jadi kita doalah semoga mudah-mudahan cuaca akan bertambah baik dan proses pembersihan sekolah dapat kita laksanakan.

"Apabila ada sekolah total loss, bermaksud perabot pun tak boleh digunakan, kemudian dari segi bangunan itu sendiri terjejas dan akan mengambil masa sedikit untuk dibaiki, jadi sekarang ini kita sedang laksanakan semua pemantauan,” katanya.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, bagi sekolah terjejas banjir yang tidak sempat dibuka mengikut tarikh sesi persekolahan nanti, boleh menjalankan sesi pembelajaran secara dalam talian dengan guru-guru mempunyai persiapan termasuk modul aktiviti yang boleh dikendalikan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search