OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Yayasan Bintulu Port hulur sumbangan kepada mangsa banjir di Bintulu

Yayasan Bintulu Port hulur sumbangan kepada mangsa banjir di Bintulu

BINTULU, 7 Feb: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menerusi Yayasan Bintulu Port menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Bintulu dalam usaha membantu meringankan beban mereka yang terjejas.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, merangkap Pengerusi BPHB, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, menyaksikan penyerahan sumbangan itu kepada Residen Bintulu, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Bintulu dalam satu majlis di Dewan Suarah pada Khamis.

“Bintulu Port merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki atas kepimpinan dan sokongan beliau yang amat bermakna.

“Kami tetap teguh dalam komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memacu pertumbuhan mampan bagi Sarawak serta seterusnya,” kata Bintulu Port dalam satu kenyataan hari ini.

Setiausaha Kerajaan Sarawak turut diiringi presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port, Ruslan Abdul Ghani, serta barisan kepimpinan syarikat dalam lawatan rasmi ke kawasan operasi pelabuhan.

Lawatan itu merangkumi tinjauan ke tapak tangki takungan air Bintulu Port yang terjejas akibat tanah runtuh susulan banjir.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search