OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Buaya muncul di kawasan banjir

Buaya muncul di kawasan banjir

BEAUFORT - Penduduk setempat dinasihatkan tidak mengejar atau menganggu buaya yang dilihat berlegar sekitar kawasan banjir akibat dibawa arus deras susulan limpahan air Sungai Padas di sini sejak Khamis lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menyedari kewujudan haiwan reptilia tersebut di kawasan banjir yang melanda di daerah ini.

"Namun pihak bomba minta penduduk yang kawasan rumahnya digenangi air supaya sentiasa mengawasi anak masing-masing yang bermain air banjir.

"Kita juga meminta masyarakat setempat tidak mengejar, melakukan provokasi atau menganggu buaya tersebut kerana sifat haiwan ini adalah berdendam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, jika haiwan itu dilihat dalam keadaan agresif, penduduk diminta menghubungi Jabatan Hidupan Liar (JHL) atau talian kecemasan 999 untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi tiga minit 28 saat memaparkan seekor buaya dilihat berada di pekarangan rumah penduduk di Kampung Bingkul, di sini.

Turut kelihatan penduduk cuba menghalau kehadiran buaya tersebut yang dipercayai dibawa arus deras ketika banjir melanda daerah tersebut.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search