OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

4 Laluan Lebuhraya Pan Borneo dinaiki air masih selamat dilalui

4 Laluan Lebuhraya Pan Borneo dinaiki air masih selamat dilalui

SERIAN: Laluan di empat lokasi sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun, kesemua laluan yang dinaiki air itu masih dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada empat lokasi tersebut, laluan di Kilometer (KM) 187 Jalan Serian-Sri Aman paling terjejas dengan paras air mencecah sehingga 0.5 meter.

“Lebuhraya Pan Borneo ini direka bentuk untuk menangani masalah banjir, namun berkemungkinan di sesetengah tempat terjejas akibat limpahan sungai atau sistem peparitan berdekatan.

“Situasi ini secara tidak langsung boleh menyebabkan beberapa laluan terjejas banjir seperti di sini (KM187 Jalan Serian-Sri Aman), namun ia tidak membawa kepada risiko runtuh atau terputus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke laluan di Lebuhraya Pan Borneo yang terjejas akibat banjir di Serian.

Laluan lain yang turut terjejas termasuk di KM524 di laluan Selangau-Bintulu, KM818.4 berdekatan Simpang Jalan Bakun, dan KM938 di Seksyen Lebuhraya Pan Borneo di Pujut, Miri.

Menurut Alexander, ketika ini tiada laporan kerosakan di semua laluan yang terjejas, namun pemantauan rapi terus dilakukan di kawasan-kawasan terbabit.

Ia bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku serta menjamin tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search