OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang setakat 8 pagi

Banjir: Jumlah mangsa di Johor kekal 36 orang setakat 8 pagi

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan jumlah mangsa seramai 36 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa masih ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak.

"Selain itu, hanya stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan berada pada paras amaran dengan bacaan 8.53 meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Mersing yang dijangka hujan pagi ini. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search