OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

MAIWP tambah peruntukan RM7 juta bantu mangsa banjir

MAIWP tambah peruntukan RM7 juta bantu mangsa banjir

 

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada peruntukan sebanyak RM5 juta yang telah diumumkannya semalam, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan untuk membantu mangsa banjir ialah RM12 juta.

“Daripada RM7 juta (peruntukan tambahan) itu, RM2 juta adalah daripada MAIWP, manakala bakinya daripada Yayasan Taqwa MAIWP. Sumbangan tambahan ini melihat kepada keadaan semasa banjir yang semakin memburuk dan akan disalurkan untuk mangsa banjir khususnya di Pantai Timur,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Karnival Soul Journey Belia Asnaf Sempena 50 Tahun MAIWP, di Kolej Profesional Baitulmal di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Na’im menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan diri, seperti video seorang lelaki menunaikan solat dalam banjir di hadapan rumah, yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Islam mengajarkan umatnya agar tidak melakukan sesuatu sehingga memudaratkan diri… kalau datang bah (banjir) besar dia boleh hanyut. Ada kaedah yang lebih selamat dan kita juga kena berhati-hati,” katanya.

Selain aspek keselamatan diri, Mohd Na’im berkata tindakan lelaki itu juga berkemungkinan menimbulkan salah faham kepada masyarakat. – BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search