Selepas Kemaman, 3 lagi daerah di Terengganu terjejas banjir
- Admin UKK
- Berita
KUALA TERENGGANU: Tiga lagi daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang dan Setiu terjejas akibat banjir sehingga jam 10 malam ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Hulu Terengganu, membuka tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Balairaya Kampung Kemat melibatkan 27 mangsa dengan tujuh keluarga.
Sementara itu, PPS di Balairaya Kampung Cheting, menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga dan di Balairaya Kampung Bukit Kolam menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga.
Di Marang, satu PPS dibuka di Dewan Sivik Wakaf Tapai, menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga dan di Setiu satu PPS dibuka di Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap menempatkan 49 mangsa daripada 14 keluarga.
Menurut JPBN, di Kemaman tiga PPS dibuka melibatkan Balairaya Meraga Beris menempatkan 12 mangsa dan daripada dua keluarga, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan terdapat 11 mangsa daripada dua keluarga dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik 18 keluarga dengan 74 mangsa.
Menurutnya, hingga kini empat daerah di negeri ini dilanda banjir melibatkan pembukaan lapan PPS terdiri daripada 54 keluarga dan jumlah mangsa seramai 212 orang keseluruhan.