OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Kedah kembali dilanda banjir

Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Kedah kembali dilanda banjir

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak terus meningkat pagi ini, manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan sedikit, sementara Kedah kembali dilanda banjir.

Di PERAK, mangsa banjir meningkat kepada 231 orang daripada 77 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 136 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semua daerah di Perak diramalkan mengalami ribut petang ini.

Di SELANGOR, mangsa banjir di PPS setakat 8 pagi ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu 909 orang daripada 213 keluarga, berbanding 975 orang daripada 232 keluarga, malam tadi.

PPS itu ialah Dewan Majlis Perbandaran Selayang Seri Kundang, Balai Raya Kampung Melayu Sri Kundang, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, SK Ijok dan SK Bukit Badong.

Sementara itu, KEDAH kembali dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka di daerah Kubang Pasu awal pagi ini yang menempatkan 80 orang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa daripada 26 keluarga itu ditempatkan di SMK Changlun yang dibuka pada 2.30 pagi.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melepasi paras bahaya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search