OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 464 orang

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 464 orang

Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir di Sabah semalam meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang beraa di empat pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 328 orang daripada 105 keluarga, kelmarin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan mangsa iaitu seramai 279 orang daripada 93 keluarga berbanding 165 orang daripada 67 keluarga.

“Jumlah mangsa di PPS di Dewan Sri Putatan meningkat kepada 138 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 116 mangsa daripada 25 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Jumlah mangsa di dua PPS Tuaran pula kekal iaitu 29 mangsa daripada lapan keluarga yang masih berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran manakala 18 orang daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, dekat Tamparuli.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan Jalan Lintas

Luagan, Sipitang di Kilometer (KM) 0.5 hingga KM1.55 tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan kerana air sungai melimpah disebabkan hujan berterusan di hulu.

Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di pedalaman Sabah iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.

Turut terkesan di pantai barat Sabah iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, selain di pantai timur di Tawau dan Semporna. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search