Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan MTL 2023/2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
7 Mei 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi hari ini menyampaikan penghargaan dan meraikan 400 petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Monsun Timur Laut 2023/2024 yang berakhir pada bulan Mac 2024 yang lalu. Program anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kerajaan Negeri, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media semasa MTL 2023/2024. Penghargaan ini diberi berdasarkan komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan oleh agensi-agensi terhadap tugas dan bidang masing-masing dalam kesiapsiagaan dan pengendalian sistem pengurusan bencana di Malaysia.