19-20 September 2023 - 3RD ASEAN JOINT DISASTER RESPONSE PLAN (AJDRP) WORKSHOP
Salah satu program di bawah AHA Centre, bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman berkaitan mekanisme pengurusan bencana dan memperhalusi semula senario AJDRP sedia ada dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak semasa. Selain itu, program ini bertujuan juga untuk mengenalpasti senario-senario baru di dalam negara ASEAN yang boleh memberi nilai tambah di dalam AJDRP. Program ini bermula pada 19 hingga 20 September 2023 dan wakil NADMA diketuai oleh PgKB I Arjunaidi bin Ismail.
20 September 2023 - Telah berlangsung Pre-Deployment Exercise bagi 5th Regional Collaboration Drill (RCD) bagi Project for Strengthening the ASEAN Regional Capacity on Disaster Health Management – Phase 2 (ARCH Project – Phase 2) yang bertujuan untuk mengukuhkan pelaksanaan aktiviti berkaitan pengurusan bencana dengan kerjasama koordinasi serantau ASEAN.
19 Sept 2023, Hatyai, Thailand : MESYUARAT DISASTER MANAGEMENT WORKING GROUP (DMWG) KE 28
Mesyuarat ini merupakan aktiviti bilateral Malaysia dan Thailand yg diadakan secara timbal balas. Aktiviti bertumpu di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 6 aktiviti diadakan iaitu 2 kali mesyuarat, 2 kali seminar dan 2 kali latih amal Malaysia-Thailand. Kesemua aktiviti dijalankan secara timbal balas di bawah payung General Border Committee (GBC) Malaysia-Thailand. Pengerusi bersama Malaysia adalah En Addyhanis Bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO), NADMA manakala daripada Thailand pula adalah Mr Prapun Kanprasang, Pengarah Disaster Prevention And Mitigation Regional Center 12, Songkhla.
The Sixth Meeting of ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Global Leadership
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
