OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Cloud seed­ing in Sabah skies

KOTA KINABALU: The dry and hazy weather in Sabah is expec­ted to get some relief with a bit of cloud seed­ing.

Announ­cing the exer­cise yes­ter­day, Chief Min­is­ter Datuk Seri Hajiji Noor said the cloud seed­ing would help address the cur­rent drought in Sabah.

“Cloud seed­ing will be car­ried out in sev­eral areas in the east and west coasts of Sabah, includ­ing Pulau Sebatik,” he said, post­ing pho­tos of the oper­a­tion on his Face­book page.

“We hope this can help pro­duce rain in the areas affected by drought in Sabah,” he said, adding that the cloud seed­ing team had depar­ted from the Royal Malay­sian Air Force (RMAF) base in Labuan.

Apart from RMAF, the oper­a­tion was car­ried out together with the Met­eor­o­lo­gical Depart­ment, with its costs fully borne by the National Dis­aster Man­age­ment Agency (Nadma), said Hajiji.

The exer­cise is expec­ted to go on until tomor­row. 

So far, there has yet to be any updates on whether the oper­a­tion has led to any rain­fall.

Sabah has been exper­i­en­cing a dry spell for over a month, with many rivers and water catch­ments dry­ing up.

The state gov­ern­ment has begun send­ing water to 355 vil­lages in 12 dis­tricts statewide.

On Wed­nes­day, Hajiji said he had dir­ec­ted water to be sent to some 50,800 affected house­holds in vil­lages in Ton­god, Tuaran, Papar, Ken­ingau, Sem­porna, Kota Belud, Tenom, Pitas, Kota Kin­abalu, Penam­pang, Kudat and Tawau.

A Rm7.5mil alloc­a­tion has been set aside for this pur­pose in col­lab­or­a­tion with Nadma, he said.

He said the Sabah Water Depart­ment and dis­aster oper­a­tions com­mand centres in the affected dis­tricts had also begun dis­trib­ut­ing water to the people.

The drought has also brought about fires, res­ult­ing in haze in parts of the state, includ­ing an Air Pol­lut­ant Index (API) read­ing of 154 in Kimanis and 73 at Poly­tech­nic Kota Kin­abalu as at noon yes­ter­day.

API read­ings of between 0 and 50 are cat­egor­ised as good, 51 to 100 (mod­er­ate), 101 to 200 (unhealthy), 201 to 300 (very unhealthy), while 300 and above are haz­ard­ous.

So far, the state Health Depart­ment has not recor­ded any death or heat­stroke cases due to the dry spell.

16 daerah tak terima hujan lebih 15 hari

Enam belas daerah di negara ini tidak menerima hujan melebihi 15 hari, paling lama adalah dua daerah di Sabah, iaitu Lahad Datu dan Papar, masing-masing ‘kering’ selama 29 dan 28 hari.

Langkawi pula melalui 22 hari tanpa hujan; Pasir Puteh di Kelantan (21 hari); Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan di Sabah (19 hari); Labuan (18 hari) serta Jelebu dan Port Dickson di Negeri Sembilan (17 hari).

Enam lagi daerah tidak menerima hujan selama 16 hari, iaitu Muar di Johor; Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai di Kelantan; Temerloh di Pahang dan Chuping, Perlis.

Enam lagi daerah tidak menerima hujan selama 16 hari, iaitu Muar di Johor; Jeli, Kota Bharu dan Kuala Krai di Kelantan; Temerloh di Pahang dan Chuping, Perlis.

Menjelaskan perkembangan itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata 41 daerah lain berada pada status berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

“Lapan daripada daerah berkenaan adalah di Kedah, tujuh di Johor, masing-masing enam di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua di Sabah dan Sarawak, selain satu daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar.

“Selain itu, Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya pada sesi temu bual bersama BH dan dua media lain, di sini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) melaporkan terdapat dua kawasan mencapai status gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius, iaitu Perlis dan Hulu Perak, Perak.

Nik Nazmi berkata, kelembapan udara yang rendah dalam angin semasa Monsun Barat Daya menyebabkan 

kurangnya pembentukan awan hujan, sekali gus menyebabkan beberapa kawasan bakal mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak.

Katanya, pembenihan awan akan dilakukan jika ada keperluan mendesak, namun ia proses yang rumit dan memerlukan kajian dibuat.

“Keadaan di Sabah sudah membolehkan negeri itu buat pembenihan awan, namun kesesuaian meteorologi termasuk keadaan awan penting untuk dikaji terlebih dahulu. Semua tindakan pembenihan awan di bawah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Metmalaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terbabit sama. Perkara paling penting adalah kebarangkalian untuk proses itu berkesan kerana kosnya tidak murah dan memerlukan keputusan dalam aspek teknikal sebelum proses itu boleh dilakukan,” katanya.

Fasa peralihan monson

Nik Nazmi berkata, cuaca panas dan kering ketika ini akan beransur pulih menjelang pertengahan April disebabkan fasa peralihan monsun yang dijangka mulai 29 Mac sehingga Mei depan. 

disebabkan fasa peralihan monsun yang dijangka mulai 29 Mac sehingga Mei depan.

Sementara itu, beliau menjelaskan, tiada data sehingga kini bahawa Malaysia bakal berdepan ‘Super El Nino 2024’ menjelang Jun seperti kajian jurnal ‘Scientific Reports’ membabitkan negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, katanya, sebarang tindakan susulan El Nino akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) berdasarkan garis panduan sedia ada.

“Jika ada perkembangan dalam keadaan cuaca panas atas jerebu, jawatankuasa ini akan bermesyuarat dan mengambil tindakan berdasarkan garis panduan sedia ada seperti kelonggaran pemakaian di sekolah seperti sebelum ini,” katanya. 

 

 
 

Baki stok simpanan air di empat empangan paras kritikal - Nadma

 

KUALA LUMPUR - Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, empangan berkenaan ialah Empangan Sembrong Barat di Johor yang kini merekodkan paras 31.65 peratus; Empangan Air Itam di Pulau Pinang (35 peratus) dan Empangan BS Padang Saga (39.67 peratus) serta Empangan Malut (39.90 peratus) di Kedah. 

Nadma yang memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, stok simpanan air di Empangan Muda, Kedah pula berada pada paras amaran iaitu 41 peratus.

"Ttiga empangan lagi menunjukkan stok simpanan air berada pada paras waspada, iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis (56.25 peratus), Empangan Bekok di Johor (68.58 peratus) dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang (69.00 peratus)," menurut NADMA dalam laporan ringkas mengenai status cuaca panas hari ini.

 Selain itu, katanya pada 25 Mac, JPS mengeluarkan hebahan ramalan kemarau bagi tiga lembangan sungai, iaitu Sungai Muda Kedah, Sungai Kelantan dan Sungai Melaka.

Nadma memaklumkan, keadaan itu mungkin akan menyebabkan masalah gangguan bekalan air di daerah Sik, Kedah; Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kota Bharu (Kelantan) serta Alor Gajah (Melaka). 

Mengenai status cuaca panas, Nadma berkata, cuaca panas tahap 2 (gelombang haba) dicatatkan di Perlis pada 25 hingga 27 Mac; daerah Hulu Perak (Perak) pada 26 dan 27 Mac; daerah Kota Setar dan Pokok Sena (Kedah) pada 27 Mac; dan daerah Beaufort, Sabah pada 25 Mac.

Jabatan Meteorologi sebelum ini menyatakan fasa peralihan monsun dijangka bermula esok dan berterusan sehingga Mei yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24. Permulaan fasa peralihan monsun, keadaan cuaca panas dan kering yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dijangka beransur pulih menjelang pertengahan April. - Bernama

NADMA mula operasi pembenihan awan selama tiga hari di Sabah

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sabah, dengan menyasar tiga daerah yang terjejas kemarau iaitu Papar, Lahad Datu dan Tawau.

Operasi dijalankan tiga hari hingga 30 Mac ini dengan kerjasama Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Labuan setelah NADMA menerima permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

 

Bagi melaksanakan OPA, pesawat C-130 Hercules milik TUDM berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan dengan membawa empat tangki air yang mengandungi campuran 800 kilogram garam dan 6,000 liter air yang disediakan MetMalaysia.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata OPA dibuat dalam usaha menyediakan sumber air yang mencukupi di kawasan tadahan hujan sepanjang tempoh negara berhadapan dengan cuaca panas. 

"Kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu menyebabkan 58,080 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 355 kampung dalam 12 daerah di Sabah berdepan masalah kekurangan bekalan air.

"Sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan bagi menampung kos penghantaran bekalan air dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah NADMA," katanya. 

Khairul Shahril menggalakkan kerajaan negeri yang memerlukan bantuan bagi menjalankan operasi ini agar mengemukakan cadangan kepada NADMA untuk dibuat penilaian.

Beliau berkata, kesesuaian lokasi dan ramalan keadaan atmosfera di kawasan cadangan perlu dikaji terlebih dahulu oleh MetMalaysia bagi menjamin kejayaan OPA.

"Kejayaan OPA bergantung kepada keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan yang tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah.

"Faktor-faktor ini membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan sasaran. Impak fenomena cuaca panas dan kering semasa peralihan Monsun Timur Laut turut membabitkan beberapa kawasan di Sabah.

"Sehingga 26 Mac lalu, sebanyak 1,392 kes kebakaran hutan dan belukar dilaporkan di seluruh negeri, memusnahkan kawasan seluas kira-kira 3,800 hektar, termasuk 3.4 hektar kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok," katanya.

Beliau berharap usaha bersepadu yang dilaksanakan hari ini boleh membantu dalam meningkatkan kapasiti air di kawasan tadahan hujan dan seterusnya menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna tanpa sebarang gangguan.

Katanya, NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka terutama di tanah gambut untuk menghindari pencemaran udara (jerebu).

"Golongan yang berisiko terkena strok haba dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya dan ambil langkah-langkah pencegahan yang perlu, selain sentiasa cakna dengan maklumat kekal sihat ketika musim panas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bagi maklumat berkenaan cuaca, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih dari METMalaysia serta sentiasa peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," katanya.

Pembenihan awan tumpu tiga kawasan di Sabah

KOTA KINABALU - Pembenihan awan yang dilaksanakan bermula Khamis menumpukan tiga kawasan utama iaitu di pantai barat dan pantai timur Sabah.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Ahmad Fairudz Jamaluddin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat MetMalaysia ada menerima permohonan daripada kerajaan Sabah untuk melaksanakan pembenihan awan tersebut. 

Menurutnya, mesyuarat untuk pelaksanaan proses pembenihan awan itu telah dilakukan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Bagaimanapun, tempoh hari ia tidak boleh terus dilakukan kerana keadaan cuaca yang kering. Apabila kajian dibuat tarikh 28, 29 dan 30 Mac mempunyai udara yang lembab sesuai untuk tujuan pembenihan awan.

 "Jadi kita memutuskan tarikh tersebut untuk dilaksanakan pembenihan awan yang dimulakan hari ini yang secara amnya dilakukan di tiga kawasan utama iaitu dua di pantai timur Sabah iaitu Tawau dan Sandakan manakala satu lagi di Papar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, keupayaan pesawat TUDM hanya mampu memuatkan sekitar empat tangki air bancuhan untuk tujuan proses pembenihan awan tersebut. 

"Jadi empat tangki itu secara asasnya kami anggarkan mungkin cukup untuk dua daripada tiga kawasan tersebut. Setiap satu tangki membabitkan bancuhan sebanyak 1,500 liter air dan 200 kilogram garam.

"Keseluruhannya untuk empat tangki air terdapat 6,000 liter air dan 800 kilogram garam yang digunakan untuk tujuan pembenihan awan tersebut," katanya. 

Ahmad Fairudz bagaimanapun berkata, proses itu tetap bergantung dengan keadaan cuaca lembab dan angin di lapangan mengikut taklimat akhir sebelum pelaksanaannya.

"Jadi hari ini bergantung pada keadaan di lapangan dan juga taklimat akhir. Semua bergantung dengan keadaan, jika ada awan terbentuk dan faktor angin maka jam 11 pagi pesawat bolehlah diterbangkan untuk melakukan proses tersebut," jelasnya. Sebelum itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkongsi di laman Facebook miliknya bahawa Pasukan Operasi Pembenihan Awan Sabah telahpun berlepas dari Labuan untuk proses pembenihan awan di negeri ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search