OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

5,648 lokasi ‘hotspot’ banjir seluruh negara

Kuala Lumpur: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti 5,648 lokasi ‘hotspot’ atau kawasan pasti banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata JPS merancang penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk kawasan terbabit.

Bagi penyelesaian jangka pendek, katanya, JPS melakukan persediaan kesiapsiagaan untuk mengurangkan risiko banjir kepada penduduk, antaranya dengan mengaktifkan Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN).

Beliau berkata, PRABN ini beroperasi 24 jam dalam menghasilkan ramalan kejadian banjir tujuh hari ke hadapan dan memberi hebahan seawal dua hari selepas mendapat ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) kepada agensi berkaitan untuk dihebahkan kepada orang awam.

Suhu di Semenanjung catat peningkatan setiap dekad

Kuala Lumpur: Purata suhu permukaan Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan 0.24 darjah Celsius setiap dekad, dengan pelbagai faktor sama ada semula jadi atau kesan aktiviti manusia antara penyebab.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada Mei lalu adalah 28.8 darjah

Celsius, manakala purata suhu bulanan pada Mei 1974 iaitu 50 tahun lalu adalah 26.6 darjah Celsius.

“Peningkatan suhu ini dipengaruhi pelbagai faktor iaitu faktor semula jadi dan kesan daripada aktiviti manusia. Faktor semula jadi adalah seperti perubahan iklim global dan perubahan pola cuaca.

“Peningkatan pelepasan gas rumah kaca di atmosfera secara global menyebabkan perubahan iklim yang memberi kesan terhadap peningkatan suhu global dan impaknya dapat juga dirasakan di Semenanjung Malaysia,” katanya melalui jawapan bertulis di Parlimen.

Perubahan pola cuaca

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (Ph-beruas) mengenai purata suhu di Semenanjung Malaysia sekarang berbanding 50 tahun lalu, selain punca perubahan itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, perubahan pola cuaca seperti perubahan hujan dan musim pula boleh mempengaruhi suhu tempatan.

Selain itu, katanya, aktiviti manusia seperti penebangan hutan, pertanian dan pembangunan infrastruktur menyebabkan hilangnya kesan penyejukan semula jadi, mengubah aliran air semula jadi dan iklim tempatan turut menyumbang peningkatan suhu.

Water crunch in Penang deposit’

Penang now must tap into its “water fixed deposit” – the Mengkuang Dam – as the southwest monsoon brings thunderclouds from the Indian Ocean but empties much of its moisture onto Sumatra before reaching Malaysia.

This led to lower levels of water at Sungai Muda, the main raw water source for Penang and Kedah.

Penang Water Supply Corporation (PBAPP) chief executive officer K. Pathmanathan said PBAPP started drawing water from Bukit Mertajam’s Mengkuang Dam at an average of 41 million litres a day (MLD) since Saturday because Sungai Muda’s level dipped to below 2m.

He said that as of last Friday, the Muda Dam in Kedah was reported to be only 16.6% full.

“Raw water from Mengkuang Dam and Sungai Muda is now channelled to the Sungai Dua Water Treatment Plant (WTP), Penang’s largest and most important water treatment plant for 465,000 consumer accounts on mainland Penang, plus in the Northeast and Southwest Districts on the island,” he said in a statement yesterday.

Pathmanathan said PBAPP abstracted an average of 1,125.50 MLD of raw water from Sungai Muda last week, compared with 1,196.13 MLD under normal circumstances.

Under normal circumstances, more than 80% of the raw water that PBAPP abstracts daily originates from this river.

He said the status of Kedah dams that release water into Sungai Muda shows that the effective capacity of the 160-billion-litre Muda Dam (in Kedah) was reported to be at 25.7% on Friday.

He said the reported level of the other dam, Beris Dam, was 82.4% on July 11.

“The maximum effective capacity

of the Beris Dam is 120 billion litres.

“Kedah has the option to release more water from Beris Dam to increase the level of Sungai Muda.

“This measure will avoid any major issues at the 14 WTPS in Kedah and the Sungai Dua WTP in Penang,” he said.

He said with drawdowns available from Mengkuang Dam, the

presently low level at Sungai Muda should not pose an immediate threat to the water supply in Penang.

“We seek the kind understanding and cooperation of all water consumers to use water wisely in Penang because Sungai Muda’s level is low and the reserves of Muda Dam have been depleted,” he said.

PBAPP lepas air simpanan dari empangan

Bukit Mertajam: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melepaskan air dari Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) di sini, untuk mengekalkan perkhidmatan bekalan air yang baik di seluruh negeri berikutan paras Sungai Muda dekat sini. menurun selama empat hari berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmanathan berkata, kapasiti pelepasan maksimum EMD ialah 600 juta liter sehari (JLH) dan PBAPP mula melepaskan purata 41 MLD sejak Sabtu lalu bagi melengkapkan pengabstrakan air mentah dari Sungai Muda.

“Paras Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang menurun di bawah 2 meter (m) selama empat hari berturut-turut manakala aras Empangan Muda (Kedah) dilaporkan 16.6 peratus pada hari Jumaat lalu, berikutan itu PBAPP mengambil keputusan melepaskan air simpanan EMD.

“Air mentah dari EMD dan Sungai Muda disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua iaitu LRA terbesar dan terpenting di negeri ini, air terawat daripada LRA itu dipam kepada kira-kira 465,000 pengguna di seluruh Seberang Perai serta di Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya di bahagian pulau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pelepasan harian EMD memastikan LRA Sungai Dua terus mengeluarkan purata 1,026.59 JLH air terawat.

Pathmanathan berkata, aras Sungai Muda di muka sauk PBAPP di Lahar Tiang, dekat sini, turun di bawah paras selamat 2m dan PBAPP mengabstrak purata 1,125.50 JLH air mentah dari Sungai Muda minggu lepas berbanding 1,196.13 JLH

ketika keadaan normal.

Beliau berkata, ketika keadaan normal, lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP setiap hari datangnya dari Sungai Muda.

“Kapasiti efektif Empangan Muda 160 bilion liter (di Kedah) dilaporkan ialah 25.7 peratus dan ia merupakan satu daripada dua empangan di Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda untuk kegunaan Kedah dan Pulau Pinang manakala paras yang dilaporkan bagi Empangan Beris ialah 82.4 peratus pada Khamis serta kapasiti efektif maksimum empangan itu ialah 120 bilion liter,” katanya.

Beliau berkata, Kedah mempunyai pilihan untuk melepaskan lebih banyak air dari Empangan Beris bagi meningkatkan paras Sungai Muda dan langkah itu akan mengelakkan sebarang isu besar di 14 LRA di Kedah dan LRA Sungai Dua di Pulau Pinang. - Bernama

PBAPP mula lepaskan air simpanan dari empangan

Bukit Mertajam: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melepaskan air dari Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD), di sini, bagi mengekalkan perkhidmatan bekalan air yang baik di seluruh negeri ini susulan penurunan paras Sungai Muda selama empat hari berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif

PBAPP, K Pathmanathan, berkata kapasiti pelepasan maksimum EMD ialah 600 juta liter sehari (JLH) dan PBAPP mula melepaskan purata 41 JLH sejak Sabtu lalu bagi melengkapkan pengabstrakan air mentah dari Sungai Muda.

“Paras air Sungai Muda di bahagian Pulau Pinang menurun di bawah 2 meter (m) selama empat hari berturut-turut, manakala aras Empangan Muda (Kedah) dilaporkan 16.6 peratus pada Jumaat lalu.

Berikutan itu, PBAPP mengambil keputusan untuk melepaskan air simpanan EMD.

“Air mentah dari EMD dan Sungai Muda disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, iaitu LRA terbesar serta terpenting di negeri ini.

“Air terawat dari LRA itu dipam kepada kira-kira 465,000 pengguna di seluruh Seberang Perai dan Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya di bahagian pulau,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Paras air menurun

Pathmanathan berkata, pelepasan harian EMD bertujuan memastikan LRA Sungai Dua terus mengeluarkan purata 1,026.59 JLH air terawat.

Katanya, paras Sungai Muda di muka sauk PBAPP di Lahar Tiang, dekat sini, menurun di bawah ‘paras selamat’ 2m.

Katanya, PBAPP telah mengabstrak purata 1,125.50 JLH air mentah dari Sungai Muda pada minggu lalu berbanding 1,196.13 JLH ketika keadaan normal.

Ketika keadaan normal, Pathmanathan berkata, lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP setiap hari datangnya dari Sungai Muda.

“Kapasiti efektif Empangan Muda 160 bilion liter (di Kedah) dilaporkan ialah 25.7 peratus dan ia merupakan satu daripada dua empangan di Kedah yang melepaskan air ke Sungai Muda untuk kegunaan Kedah serta Pulau Pinang, manakala paras dilaporkan bagi Empangan Beris ialah 82.4 peratus pada Khamis lalu dan kapasiti efektif maksimum empangan itu ialah 120 bilion liter,” katanya. BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search