KOTA BHARU, 27 April – Ketiadaan kemarau teruk sepanjang musim ini memberi impak positif terhadap hasil padi di Kelantan, dengan jangkaan pengeluaran tahun ini melebihi sasaran awal.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata kebanyakan kawasan tanaman padi musim kedua 2024 di bawah seliaan agensi itu telah menerima bekalan air mencukupi, sekali gus meningkatkan purata hasil secara ketara.
"Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Pasir Mas mendapati hasil padi tahun ini ada yang mencecah lebih enam tan sehektar, berbanding purata biasa sekitar empat tan sehektar. Malah, di beberapa lokasi tertentu, hasil padi mencapai sehingga 7.2 tan sehektar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Libat Urus dan Ramah Mesra KADA, di sini.
Menurut Khalid, keadaan itu jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya, malah petani yang ditemui juga menyatakan rasa syukur apabila bukan sahaja memperoleh hasil selepas dua musim tanpa pulangan, malah hasil kali ini melebihi jangkaan.
"Jauh lebih baik daripada tahun lepas. Apa yang kebanyakan petani kata, asal dapat hasil pun sudah bersyukur, sebab dua musim sebelum ini tiada hasil. Namun, kita dapati bukan sekadar dapat hasil, malah di beberapa lokasi, hasil melebihi apa yang dijangka selama ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan penggunaan teknologi moden seperti dron serta teknik penjagaan sawah yang lebih sistematik turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil padi di negeri itu.
Sementara itu, Khalid turut mengumumkan kerja-kerja pengukuhan sementara benteng cerucuk di Rumah Pam Kemubu, Ketereh sedang berjalan lancar.
Projek tersebut bertujuan memastikan bekalan air ke kawasan sawah kekal stabil demi kelangsungan hasil tanaman.
BANGKOK: At 9.23am on Sunday (April 27), the Earthquake Observation Division of the Thai Meteorological Department reported a magnitude 4.1 earthquake near the Nicobar Islands, India, at coordinates 6.456°N and 94.887°E, with a depth of approximately 10 kilometres.
The epicentre was located about 418 kilometres southwest of Mueang District, Phuket Province, Thailand. As of now, there have been no reports of damage or noticeable tremors within Thailand
Relevant agencies continue to closely monitor the situation. The public is advised to remain calm and follow updates from the Earthquake Observation Division of the Thai Meteorological Department. - The Nation/ANN
BINTULU, 27 Apr: Kerosakan jalan masuk ke kilang menyukarkan pihak bomba membantu memadamkan kebakaran bilik generator Suburmas Plantation Sdn Bhd di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.59 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran genset room.
“Komander operasi membuat size-up dilokasi dan dengan menggunakan konsep RECEO,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggota membuat pemadaman kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 cabang pembahagi dua nozel air dari pam jentera BMD 4437 dan punca air dari pili bomba kilang.
“Pasukan bomba menggunakan media pemadaman foam untuk memadam kawasan kebakaran tangki simpanan diesel generator tersebut sehingga api dapat di padamkan sepenuhnya.
“Setelah memastikan tiada lagi punca-punca kebakaran akan berulang dan keadaan benar- benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS
JAKARTA - Wilayah Riau, Indonesia yang sering terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah dijangka dilanda musim kemarau antara Mei hingga Julai 2025, menurut pegawai agensi berkaitan.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan musim kemarau yang kurang teruk berbanding fenomena El Niño pada 2015, 2019 dan 2023.
"Bagaimanapun, potensi berlakunya kebakaran hutan dan tanah tetap ada, mengambil kira pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya dengan keadaan musim kemarau yang serupa," kata Timbalan Ketua Klimatologi BMKG, Ardhasena Sopaheluwakan.
Riau, yang mengalami dua musim kemarau dan dua musim hujan setiap tahun mendapat manfaat daripada sinaran matahari dan taburan hujan yang banyak, dan beliau menekankan perlunya mengoptimumkan keadaan itu untuk kesejahteraan masyarakat serta menyeru kepada peningkatan kesedaran dan kesiapsiagaan.
"Sinergi dan pengetahuan tentang iklim adalah penting supaya semua pihak, termasuk kerajaan tempatan, kekal berwaspada," katanya dalam satu kenyataan.
BMKG turut memanfaatkan data iklim dalam sektor pertanian, termasuk padi, jagung dan kelapa sawit, serta membangunkan sistem amaran awal bagi wabak denggi dan menyokong projek penyelenggaraan infrastruktur.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edi Afrizal memaklumkan sebanyak 42 titik panas dikesan setakat tahun ini, melibatkan pembakaran seluas 78.56 hektar, dengan semua kebakaran berjaya dipadamkan.
Kerajaan Riau baru-baru ini menganjurkan Jambori Kebakaran Hutan dan Tanah pertama di Indonesia bagi meningkatkan koordinasi antara anggota bomba, agensi, polis, tentera, sukarelawan dan kumpulan komuniti.
"Usaha pencegahan ini diharapkan dapat mengelakkan kesan buruk kebakaran, seperti jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan aktiviti harian," kata Edi. - Bernama
After third water retention bund collapse, Selangor govt vows long-term fix for Taman Seri Alam
- Admin UKK
- Berita
SHAH ALAM, April 27 — The Drainage and Irrigation Department (DID) is finalising long-term solutions to prevent the recurrence of the Taman Seri Alam water retention bund collapse and to ensure the safety of residents.
Selangor Infrastructure and Agriculture Committee chairman Datuk Izham Hashim said that the engagement process for the long-term solution was carried out in collaboration with the engineering consultant, developer, and representatives from the residents’ association.
“The initiative aims to ensure that any solution takes into account both the technical and social aspects as well as the humanitarian needs of the local residents.”
“The government expects the final solution to be implemented by the third quarter of 2025, ahead of the start of the northeast monsoon season,” he said in a statement yesterday.
He added that several immediate measures, including desilting works and repositioning the trash rake in the retention pond, had been identified for implementation this week.
Izham said that the state government was fully aware of the concerns raised by local residents regarding the safety of the retention pond, particularly during the unpredictable rainy season.
“The developer has carried out temporary repairs to the damaged pond wall structure. Based on current observations, the structure is now able to accommodate normal water flow.”
“Immediately after the incident, the Kuala Selangor Municipal Council, together with KDEB Waste Management Sdn Bhd, carried out cleaning work in the affected area,” he said.
Izham said that the state government understood the residents’ concerns and would ensure that all mitigation measures and improvement works were carried out in accordance with the set safety standards.
A total of 35 homes in Taman Seri Alam, Sungai Buloh, were affected when the water retention bund collapsed at 6am on April 24.
This was the third time the bund had collapsed, following the first incident in 2014 and the second incident on December 29 last year, which affected 200 homes in the same area. — Bernama