OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Kebakaran Putra Heights: 'Salah pijak, kami boleh terjerlus'

Kuala Lumpur: "Kami perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Tanah di sini sangat lembut, salah pijak, kami boleh terjerlus ke dalam."

Itulah kata-kata yang menggambarkan detik-detik mendebarkan yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyiasat teknikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika menyiasat kawasan sekitar kawah yang terbentuk akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Selasa lalu.

 

Bercerita lebih lanjut kepada Bernama, Penguasa Kanan Bomba I, Noor Shaifful Nizam Sulaiman, 41, berkata kebimbangan mereka bukan sekadar mengenai keadaan tanah yang tidak stabil, tetapi juga risiko sisa gas yang masih tertinggal di kawasan tersebut.

"Selepas letupan ini, terdapat pelbagai impak yang berlaku. Selain kebimbangan kemungkinan terdapat lagi gas yang terperangkap, kami juga tidak tahu sejauh mana dalamnya kawah ini.

"Dengan struktur tanah yang lemah akibat hujan beberapa hari sebelumnya, kawasan ini boleh runtuh pada bila-bila masa.

"Oleh itu, setiap langkah kami perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati," katanya, yang juga antara lima pegawai penyiasat teknikal bomba yang terbabit dalam siasatan kawah tersebut.

Menurut Noor Shaifful Nizam, mereka tidak berseorangan di lapangan kerana pasukan mereka dibantu oleh pelbagai agensi, termasuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), yang bertugas menandakan kawasan selamat dengan bendera untuk memastikan perjalanan pasukan penyiasat terjamin.

Selain itu, teknologi canggih seperti dron dengan fungsi pengesanan suhu turut digunakan untuk memantau keadaan di kawasan kawah yang berisiko tinggi itu.

Walaupun berpengalaman dalam menangani beberapa kes letupan, termasuk insiden letupan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya pada 2011, Noor Shaifful Nizam mengakui bahawa rasa takut tetap ada.

 

Namun, beliau menanamkan semangat positif dalam diri insiden di Putra Heights ini membolehkannya mempelajari banyak perkara baru, memandangkan keadaan di situ yang dianggap sangat mencabar dan 'tricky'.

Bagi Penolong Penguasa Bomba Siti Nuraini Ab Rashid, 40, yang terlibat dalam pasukan siasatan penilaian kerosakan di kediaman yang terjejas, cabaran mereka bukan hanya berkisar pada risiko runtuhan struktur bangunan, tetapi juga menangani emosi mangsa yang terganggu akibat kejadian tersebut.

"Ada kalanya, apabila kami masuk ke rumah untuk menilai kerosakan atau kemusnahan harta benda, kami dimarahi mangsa yang tidak mahu memberi kerjasama.

"Tetapi kami sabar kerana kami faham, emosi mereka terganggu dan mereka sedang melalui waktu yang sukar," katanya.

Selain cabaran teknikal, pasukan penyiasat juga perlu bekerja tanpa henti, kadang-kadang dari pagi hingga lewat malam, tanpa penggiliran yang mencukupi.

"Di Malaysia, bilangan pegawai penyiasat bomba sangat terhad. Macam saya dari JBPM Negeri Sembilan, kami hanya ada 12 orang manakala di negeri yang besar, mungkin hanya 20 orang.

"Jadi apabila berlaku bencana, kebiasaannya mereka ini akan dipinjamkan sementara ke kawasan kejadian tetapi jumlahnya tetapi tidak mencukupi," katanya, yang turut menyifatkan insiden ini sebagai pengalaman yang menginsafkan dirinya, kerana ramai keluarga kehilangan harta benda, lebih-lebih lagi apabila berlaku pada sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad sebelum ini dilaporkan berkata seramai 25 pegawai penyiasat dari lima negeri telah dikerahkan ke lokasi kejadian letupan itu dengan lima daripada mereka melakukan siasatan teknikal manakala selebihnya membuat penilaian berhubung peratusan kerosakan serta kemusnahan di rumah-rumah terjejas.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan pada struktur melebihi 40 peratus, 81 buah separa musnah, 57 terkesan tapi tidak terbakar manakala 218 rumah lagi tidak terjejas.

 

 

'Nak tutup pintu PPS pun takut, guruh disangka letupan' - Trauma mangsa kebakaran Putra Heights

Kuala Lumpur: Dengar guruh sahaja sudah rasa takut umpama terdengar bunyi letupan.

Itu trauma dialami sebilangan mangsa insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya yang mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat.

 

Kaunselor daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Noor Amira Mohamed Yatim berkata sejak pusat itu diwujudkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights Selasa lepas, ramai mangsa tampil meluahkan kebimbangan mereka susulan insiden itu.

"Jangankan bunyi guruh, ada yang takut untuk tutup pintu PPS kerana ada bunyi tertentu.

"Apabila hal ini berlaku kita cuba rasionalkan semula pemikiran mereka supaya trauma itu tidak berpanjangan dan akan cetus atau jadi ancaman mereka pada masa hadapan," katanya kepada Bernama di PPS itu di sini hari ini.

Noor Amira yang berpengalaman dalam memberikan khidmat kaunseling selama lima tahun berkata pusat sokongan itu beroperasi 24 jam dengan lapan kaunselor dan enam staf sokongan yang bekerja secara syif.

Beliau berkata pihaknya mengutamakan kaedah bersemuka kerana ada mangsa yang tidak dapat berjalan termasuk ibu yang dikhuatiri mengalami kemurungan lepas bersalin (PPD) jika tidak diberi sokongan emosi.

"Ada kanak-kanak apabila malam mimpi macam-macam dan meracau. "Ada yang susah bernafas kita bantu untuk bernafas dengan betul kerana kalau tak dirawat dia akan menggigil, berpeluh hingga boleh pengsan," katanya.

Beliau berkata antara kebimbangan lain dalam kalangan mangsa ialah masalah kewangan lebih-lebih lagi untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas keluar dari PPS.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri hari ini dilaporkan berkata sebanyak 253 mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran gas itu telah menerima bantuan kaunseling dan hanya sebilangan kecil mengalami trauma serius.

Pasukan SMART Tamatkan Misi SAR di Myanmar, Selamat Tiba di Tanah Air

Pasukan MAS-01 SMART di bawah kendalian Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Myanmar, telah selamat kembali ke tanah air dan disambut di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong, Selangor.
 
Misi tersebut melibatkan 50 anggota dan pegawai dari SMART serta NADMA, yang berlepas ke Myanmar pada 30 Mac lalu menggunakan dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pasukan ini digerakkan ke Daerah Sagaing bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas kawasan itu dilanda gempa bumi kuat.
 
Sepanjang operasi yang berlangsung sejak Isnin lalu, pasukan SMART berjaya menyelamatkan tujuh mangsa daripada runtuhan, termasuk seorang mangsa yang ditemui masih hidup.
 
Kepulangan pasukan ini menandakan kejayaan misi serta komitmen berterusan Malaysia dalam membantu negara jiran ketika dilanda bencana.
 

Mercy eases emotional stress for children at Masjid Putra Heights PPS

KUALA LUMPUR: While children nationwide are enjoying Hari Raya Aidilfitri with their families, those at the Masjid Putra Heights temporary relief centre (PPS) affected by the recent gas pipeline fire have not been forgotten.

A Bernama observation found that Mercy Malaysia was among the organisations reaching out to lift the children's spirits by organising games and activities to bring them some joy and laughter.

President Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus said the organisation felt compelled to help the victims, driven by a sense of social and humanitarian responsibility.

He added that situations like these require swift support from experienced responders, especially for communities grappling with trauma and loss.

"We are conducting a range of activities for the children, such as interactive games, arts and crafts, as well as counselling sessions.

These are designed not only to bring them some joy and distraction from the incident but also to help them express their emotions.
 

"We chose to incorporate play into our programme to create a more positive atmosphere for the children," he told Bernama.

The gas pipeline fire, which broke out at 8.10am last Tuesday, saw flames shooting over 30 metres, with temperatures reaching 1,000 degrees Celsius. It took nearly eight hours to fully extinguish the blaze.

As of noon yesterday, 375 people from 96 families were taking shelter at the PPS.

Ahmad Faizal said the children showed keen interest and genuine enthusiasm, taking part in the games and sessions.

"Their laughter and eagerness to participate show they're beginning to feel more at ease and happy, even in these challenging circumstances.

"Engaging in activities and play helps ease emotional stress, as it provides children with a safe space to express their feelings.

"They can also begin to process the trauma they've experienced through social interaction and play," he explained.

He added that Mercy Malaysia remains committed to assisting whenever disasters or crises occur in the country, especially those with significant humanitarian impact.

"We have also extended direct aid to the victims in the form of personal hygiene kits to help maintain their health," he said. – BERNAMA

Kebakaran saluran gas: Lima van Rapid KL-On Demand bantu hantar pelajar terjejas ke sekolah

KUALA LUMPUR: Lima van Rapid KL-On Demand digerakkan pagi ini bagi menghantar 76 pelajar dan murid terjejas insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor daripada dua pusat pemindahan sementara (PPS) ke 19 sekolah di sekitar Subang Jaya.

Daripada jumlah itu, 42 adalah murid sekolah rendah dan 34 pelajar sekolah menengah.

 

Ketua Wilayah Tengah Rapid Bus Sdn Bhd, Khairul Azhar Hamidulah, berkata pihaknya membuat perancangan awal bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak berkuasa tempatan, bagi memastikan kelancaran proses penghantaran pelajar.

"Daripada jumlah itu, seramai 60 orang adalah pelajar sesi pagi dan 16 sesi petang. Namun, jumlah sebenar pagi ini mungkin sedikit kurang dan akan bertambah dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama.

Inisiatif itu digerakkan dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), PPD Petaling Perdana, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Prasarana Malaysia Berhad.

 

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Nur Mohd Razali Abdullah berkata bantuan perkhidmatan pengangkutan itu, setakat ini disediakan untuk tempoh dua minggu bergantung keperluan dan situasi semasa.

Beliau berkata khidmat pengangkutan yang disediakan meliputi pergerakan menghantar dan mengambil pelajar-pelajar dalam lingkungan radius tujuh kilometer dari PPS ke sekolah masing-masing.

"YIDE kekal komited memastikan kebajikan para pelajar yang terjejas terurus. Segala bentuk bantuan akan disalurkan secara berperingkat, demi memastikan setiap pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan dalam keadaan dan selesa," katanya.

Nur Mohd Razali berkata YIDE menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan terhadap nasib pelajar-pelajar yang terkesan.

Beliau berkata YIDE selaku anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah memulakan inisiatif menyantuni pelajar-pelajar yang terkesan dengan menyalurkan bantuan kelengkapan persekolahan termasuk baju uniform, beg, kasut dan alat tulis kepada 194 pelajar bermula Jumaat lepas. -- BERNAMA

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search