OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

SMART jadi mentor SAR Russia, satu penghormatan kepada Malaysia - NADMA

KUALA LUMPUR: Pemilihan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sebagai mentor kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Rusia, RUS-03 disifatkan sebagai satu penghormatan besar kepada negara.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abdul Halim Hamzah berkata pemilihan itu membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan dan kecemerlangan SMART dalam melaksanakan misi SAR di peringkat antarabangsa.

Katanya latihan selama enam hari bermula Ahad lepas hingga esok itu adalah sebahagian daripada persediaan pasukan RUS-03 bagi menghadapi penilaian semula oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG).

"Rusia memilih Malaysia sebagai mentor kepada latihan pasukan RUS-03, sekali gus menjadi pengiktirafan kepada kecekapan dan kecemerlangan pasukan SMART, khususnya ketika mengendalikan misi di Myanmar dan sebelum ini di Turkiye," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan rasmi Menteri Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam Rusia (EMERCOM) Kolonel Jeneral Alexander Kurenkov di Markas SMART di Puchong dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata pasukan SMART juga kini dalam fasa persediaan untuk menjalani proses persijilan semula INSARAG yang dijadualkan tahun hadapan, selepas kali pertama memperoleh pengiktirafan berkenaan pada 2016.
 

"Mengekalkan persijilan INSARAG bukan perkara mudah. Saya terlibat secara langsung dalam proses pengiktirafan pada 2016 dan selepas hampir satu dekad, saya sekali lagi diberi peluang untuk terlibat.

"Tetapi kali ini lebih mencabar kerana perhatian dunia kini tertumpu kepada Malaysia dan kita perlu memenuhi jangkaan serta standard tinggi yang telah ditetapkan," katanya.

Menurutnya pihak Rusia amat teruja dengan tahap profesionalisme, komitmen serta pendekatan latihan yang dilaksanakan oleh pasukan SMART, khususnya dalam aspek perkongsian teknik operasi dan amalan terbaik yang dipraktikkan Malaysia.

Beliau berkata latihan bersama itu membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua negara apabila Rusia menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam beberapa bidang kepakaran selain menawarkan peluang latihan dan pengajian jangka pendek kepada anggota Malaysia.

"Perkara ini akan dibawa kepada perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana ia sejajar dengan usaha kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam pengurusan bencana," katanya.

– BERNAMA

Malaysia, Rusia dijangka tandatangan kerjasama pengurusan bencana

PUTRAJAYA: Malaysia dan Rusia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam pengurusan bencana pada tahun tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MoU itu akan berfungsi sebagai rangka kerja praktikal untuk latihan bersama, pertukaran pengetahuan dan respons kecemasan yang diselaraskan.

“Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia kekal komited kepada kepimpinan serantau dalam tindak balas bencana,” katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam (EMERCOM) Rusia, Kolonel Jeneral Alexander Kurenkov, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata Malaysia mengalu-alukan tawaran program pembinaan kapasiti Rusia untuk pegawai Malaysia, termasuk kursus latihan khusus di Vladivostok pada bulan September ini.

“Kami sedang meneroka kerjasama yang lebih luas, termasuk pemindahan teknologi dalam aplikasi Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) bagi tujuan pemantauan bencana,“ katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) adalah antara kumpulan bantuan terawal sampai di Myanmar susulan kejadian gempa bumi di negara berkenaan baru-baru ini, bekerjasama dengan pelbagai pasukan antarabangsa lain dalam menghulurkan bantuan, termasuk dengan EMERCOM’ RUS-03.

Beliau berkata Malaysia dan Rusia juga bersetuju untuk menjalankan latihan mencari dan menyelamat (SAR) bersama antara Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pasukan RUS-03 Rusia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Rusia atas tawaran melatih pasukan SMART Malaysia di Rusia dan jemputan untuk membenarkan pegawai kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyertai kursus khusus di universiti terkemuka di St. Petersburg.

Beliau seterusnya melahirkan penghargaan terhadap hubungan kerja yang kukuh antara Nadma dan EMERCOM khususnya melalui inisiatif serantau di bawah Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) dan Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana (ACDM).

Ahmad Zahid berkata beliau juga akan menghadiri persidangan antarabangsa akan datang dan acara pengurusan bencana yang dianjurkan oleh Rusia di Azerbaijan.
 

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Kurenkov, yang merupakan satu peristiwa penting dalam meningkatkan kerjasama Malaysia dan Rusia berhubung pengurusan bencana.

Sementara itu Kurenkov berkata EMERCOM mempunyai pengalaman hebat, material dan proses pertukaran data yang mantap dengan rakan sekerja asing untuk bertindak secara bersama dan pantas.

“Akademi EMERCOM menawarkan pelbagai program untuk pakar antarabangsa, bukan sahaja untuk anggota bomba dan penyelamat tetapi juga untuk medik, pengendali anjing dan pengendali UAV,“ katanya.

Di samping itu beliau berkata kedua-dua pihak komited untuk meningkatkan keupayaan saling amaran awal dan komunikasi risiko berkaitan bencana alam, khususnya dalam bidang pencegahan, jangkaan dan pengurusan risiko menggunakan sistem pemantauan angkasa lepas dan pengezonan jauh bumi.

“Di Rusia fungsi tersebut dilakukan oleh Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan. Secara amnya, negara kita mempunyai potensi besar untuk kerjasama selanjutnya dalam bidang pengurusan bencana,“ katanya.

 

 

Taufan Erick meningkat ke kategori 3, ancam pantai Pasifik Mexico

ACAPULCO: Taufan Erick telah meningkat kepada ribut Kategori 3 yang berbahaya ketika ia menghampiri pantai selatan Mexico, membawa angin kencang, hujan lebat dan risiko banjir kilat serta tanah runtuh di beberapa negeri pesisir.
 
Menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC), Erick kini mencatat kelajuan angin berterusan sehingga 195 km/j dan terletak kira-kira 90 kilometer di selatan-selatan barat Puerto Ángel.
 
Ribut ini dijangka mendarat awal pagi Khamis waktu tempatan, dengan laluan yang membawa pusatnya berhampiran bandar peranginan Acapulco.
 
Pihak berkuasa tempatan telah menggesa penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai di negeri Oaxaca dan Guerrero untuk berpindah ke pusat perlindungan.
 
Lebih 2,000 pusat perlindungan sementara telah dibuka, dan ratusan anggota tentera serta pekerja utiliti telah dikerahkan sebagai persediaan menghadapi bencana.
Presiden Claudia Sheinbaum menyeru rakyat agar mematuhi arahan keselamatan dan tidak memandang ringan ancaman ribut ini.
 
Acapulco, yang masih dalam proses pemulihan selepas dilanda Taufan Otis pada 2023, kini bersiap siaga menghadapi kemungkinan kerosakan besar.
 
Ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat sehingga 40 sentimeter boleh melanda kawasan terjejas, dengan risiko tinggi tanah runtuh di kawasan berbukit.
Amaran taufan telah dikeluarkan dari Acapulco hingga Puerto Ángel, dan semua sekolah di Guerrero telah ditutup.
 
 
 

Gempa bumi 6.1 skala richter landa perairan Hokkaido, Jepun

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda perairan Semenanjung Nemuro di timur Hokkaido pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Menurut JMA, gegaran berlaku pada 8.08 pagi waktu tempatan (2308 GMT Rabu) di kawasan cetek di luar pesisir tenggara semenanjung berkenaan.

Agensi itu memaklumkan bahawa gempa mungkin menyebabkan perubahan kecil pada paras air laut di sepanjang pantai timur Lautan Pasifik Hokkaido, namun tiada risiko kerosakan dilaporkan.

 

Hurricane Erick weakens over Mexico, leaving trail of damage in its wake

MEXICO CITY/PUERTO ESCONDIDO (Reuters) -Hurricane Erick weakened after slamming into Mexico's southern Pacific coast as a major hurricane on Thursday, leaving a trail of damaged businesses, wrecked boats and flooded streets in the state of Oaxaca as authorities warned of risks from heavy rain.

Erick made landfall near the resort town Puerto Escondido around 5:30 a.m. local time (1130 GMT) as a Category 3 hurricane. It was later downgraded to Category 1 as it moved inland, with sustained winds slowing to 85 mph (137 kph).

In coastal towns, residents began clearing debris. "There are many boats sunk here," said fisherman Eduardo Gonzalez in Puerto Escondido. "We're here to help our colleagues."

Despite having weakened, officials cautioned that Erick's intense rains remained dangerous.

 

"Life-threatening flooding and mudslides are expected, especially in areas of steep terrain," the U.S. National Hurricane Center said, forecasting up to 16 inches (41 cm) of rain for Oaxaca and neighboring Guerrero state.

Mexico's environment ministry also warned of waves of up to 10 meters (33 feet).

No deaths were immediately reported, Laura Velazquez, the head of Mexico's civil protection agency, said at a press conference.

Two hospitals had suffered damage and power supply was compromised, she added. State-owned utility CFE reported that more than 120,000 users had lost power in Oaxaca, with service restored to 26% by late morning.

Oaxaca Governor Salomon Jara said roads and highways were significantly damaged.

Erick is the earliest major hurricane to make landfall in the eastern Pacific, meteorologists from AccuWeather said.

"Rapid intensification near coastal cities is a major concern this hurricane season...as water temperatures continue to increase," said Alex DaSilva, AccuWeather lead hurricane expert.

Areas around Acapulco are especially vulnerable, AccuWeather said, as the beach town is still recovering from the impact of Hurricane Otis which hit in 2023.

(Reporting by Aida Pelaez-Fernandez; Additional reporting by Jose Cortes in Puerto Escondido, Mexico; Editing by Himani Sarkar; Editing by Toby Chopra, Bernadette Baum, Andrea Ricci and Deepa Babington)

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search