Unit Komunikasi Korporat
LATAR BELAKANG
:: Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan sebuah unit di bawah pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah. Antara fungsi utama ini adalah memastikan semua program yang dilaksanakan NADMA dimaklumkan kepada semua stakeholders menerusi media massa, portal rasmi dan media baru seperti Facebook, Twitter dan Instagram. UKK NADMA juga berfungsi Mengurus Hal Ehwal Korporat NADMA, Penerbitan, Pengurusan Pelanggan/Aduan dan Perhubungan Media serta Perhubungan Awam bagi memastikan imej dan keterlibatan NADMA dengan orang awam khususnya mangsa bencana sampai ke peringkat akar umbi.
HALA TUJU STRATEGIK
VISI
Pengurusan Komunikasi dan Perhubungan Awam yang profesional dan dinamik.
MISI
Merealisasikan visi dengan memelihara dan meningkatkan imej positif NADMA menerusi strategi komunikasi korporat yang efektif.
SKOP BAHAGIAN
- Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti peningkatan imej NADMA melalui pelan promosi dan publisiti.
- Memantau dan menangani berita atau isu berkaitan bencana.
- Dokumentasi bahan maklumat, ucapan dan foto.
- Menyelaras perhubungan media dan menyediakan maklumat melalui pengurusan liputan media dan sidang media.
- Mengurus khidmat pelanggan/aduan dengan bertindak sebagai focal point agensi dalam urusan penyampaian maklumat kepada awam.
- Mengurus dan menyelaras aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima melalui portal, media sosial, emel, telefon dan faks.
- Mengurus perhubungan awam melalui perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program/aktiviti.
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
:: Promosi dan publisiti