Seksyen Logistik
- Admin
- Seksyen Logistik
VISI/MISI DAN OBJEKTIF SEKSYEN
Penyelarasan urusan logistik bencana melibatkan semua agensi responder bencana dan badan-badan korporat berdasarkan Arahan MKN No. 20.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN LOGISTIK
- Merancang, menyelaras dan menyediakan Pelan Perancangan Logistik untuk menghadapi bencana melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain semasa, sebelum dan selepas bencana.
- Mengelolakan Task Force Pengurusan Logistik Bencana.
- Merancang dan melaksanakan Table Talk Exercise (TTX) Logistik Bencana.
- Merancang, menyelaras dan menyediakan kursus Incident Command System (ICS)
- Mengurus dan menyelaras Depot Tindak Balas Kemanusiaan Bencana Negara (DTBKN).
- Mengumpul data dan maklumat agensi kerajaan, pihak swasta, pihak media dan pihak-pihak berkepentingan dalam Pangkalan Data Bencana sistem E-Logistik.
- Membina hubungan kerjasama dengan badan-badan korporat yang mempunyai kapasiti dan boleh memberi sumbangan material atau logistik kepada NADMA sebelum atau semasa berlaku bencana.
PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA
- Sistem Hebahan Amaran Awal Bencana Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
- Sokongan Logistik Sewaktu Bencana oleh Pihak Swasta Melalui CSR.
- Perolehan Darurat Berkaitan Perbekalan COVID-19.
- Penerimaan sumbangan berkaitan COVID-19.
- Pengurusan Penghantaran Bekalan Berkaitan COVID-19 ke Seluruh Negara.
- Penyelarasan Penghantaran Bekalan PPE sumbangan Kerajaan Malaysia ke Negara Luar.
- Sumbangan Makanan dan Minuman Bagi Person Under Surveillance (PUS) di Pusat-Pusat Kuarantin Sumbangan daripada Syarikat-Syarikat Swasta.