OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

ICT Section

Previous Next

JUMLAH KESELURUHAN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) SEHINGGA 5 MEI 2020, JAM 8 PAGI

Sehingga jam 8:00 pagi, 5 Mei 2020, jumlah keseluruhan person under surveillance (PUS) yang ditempatkan di 245 stesen kuarantin seluruh negara adalah sebanyak 17,835.
Bagi rakyat Malaysia & warga asing dari luar negara yang pulang ke Malaysia sejak 3 April 2020, bilangan keseluruhan PUS dikuarantinkan sehingga kini adalah seramai 28,723.
Bilangan PUS yang sedang ditempatkan di 99 hotel di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Putrajaya, Melaka, Kedah, Sabah & Kelantan adalah seramai 12,056.
Bilangan ini termasuk di 18 premis lain seperti Institusi Latihan Awam (ILA)/IPT/pusat komuniti di Selangor, Sarawak, Kelantan, Sabah & Pahang menempatkan warganegara pulang dari Indonesia, Thailand & Singapura.
Manakala sejak 17 April, bilangan PUS yang telah discaj & dibenarkan pulang adalah seramai 16,445. Sejumlah 222 lagi PUS telah dibawa ke hospital.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search