OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY
Image
Pengenalan
Pusat simulasi bencana merupakan pusat latihan khas yang dibangunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan latihan anggota pasukan mencari dan penyelamat dalam pelbagai senario bencana dan insiden kecemasan yang kompleks. Pusat simulasi ini dilengkapi dengan pelbagai struktur dan modul yang mensimulasikan persekitaran bencana sebenar, termasuk kawasan runtuhan bangunan, insiden kecemasan yang melibatkan bahan berbahaya, kemalangan melibatkan kereta api bawah tanah dan penyelamatan di aras tinggi. Selain pelbagai struktur dan modul latihan itu, pusat simulasi ini mempunyai pelbagai kemudahan sokongan untuk mewujudkan suasana latihan yang kondusif dan berkesan. Ia juga digunakan bagi tujuan pengiktirafan semula INSARAG External Re-classification (IER) Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dijadualkan pada September 2026.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search