OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY
PERKHIDMATAN TERAS

Agensi Peneraju Pengurusan Bencana

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah agensi peneraju utama pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana negara. NADMA bertanggungjawab menyelaras pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana negara dan bertanggungjawab untuk membentuk serta memastikan segala dasar dan mekanisme pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana negara dipatuhi dan dilaksanakan di setiap peringkat.

Tanggungjawab NADMA dalam Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana Negara adalah seperti berikut:

  • Menjadi agensi peneraju utama (focal point) pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana di peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa.                                                                                               
  • Mengeluarkan strategi, arahan, pelan tindakan, hala tuju dan apa-apa dokumen panduan atau rujukan berkaitan, dengan pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana di peringkat dasar.
  • Memastikan pengamalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana berjalan lancar.                                       
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengendalian serta pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana mengikut kesesuaian.
  • Menasihati Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) atau Agensi Peneraju untuk mengambil tindakan sebelum sesuatu kejadian Bencana menjadi lebih sukar untuk dikendalikan termasuk di peringkat pasca Bencana.                                          
  • Memberi sokongan / bantuan dalam menyelaras pergerakan Agensi Kerajaan dalam menangani kejadian Bencana yang diuruskan oleh Agensi Peneraju.         
  • Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat Bencana melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (National Disaster Command Centre – NDCC).                 
  • Mengawal selia dan membuat pengauditan dalam pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan dan mengarahkan penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Bencana Negara.                                            
  • Memberikan khidmat keurusetiaan kepada JPBP.                                                    
  • Mengurus dan mengaturgerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk operasi mencari dan menyelamat di dalam dan luar Negara apabila perlu.                                                                                      
  • Menguruskan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) tertakluk kepada peraturan dan tatacara kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.                                                                                         
  • Merancang dan menyelaras dasar serta mengawasi pelaksanaan latih amal dan simulasi pengurusan Bencana secara bersepadu dalam menghadapi dan mengurangkan Risiko Bencana.                                                                       
  • Memantau dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana yang dijalankan oleh Agensi Kerajaan bagi mencegah atau mengurangkan impak Bencana.                                                                       
  • Merancang dan menyelaras dasar serta mengawasi pelaksanaan strategi kependidikan, latihan dan kesedaran kepada pegawai dan anggota Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela serta orang awam dalam menghadapi dan mengurangkan Risiko Bencana.                                   
  • Memastikan pasca nilai (After Action Review – AAR) pengendalian Bencana diadakan selepas kejadian sesuatu Bencana.                                                           
  • Menyelaras pentaksiran kerugian dan kerosakan akibat Bencana daripada Agensi Kerajaan.                                                                                             
  • Menilai, menyelaras dan mengetuai misi bantuan kemanusiaan dan Tindak Balas Bencana ke luar Negara.                                                                                 
  • Menilai dan menyelaras bantuan kemanusiaan dalam dan luar Negara.
Misi
Membangunkan dan melahirkan modal insan yang kompeten, produktif, responsif dan berdaya tahan dalam pasaran buruh negara ke arah meningkatkan produktiviti negara. Memastikan kelancaran operasi pasaran buruh negara. Meningkatkan kebolehpekerjaan dan penggajian tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja negara. Memastikan perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif. Mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Memastikan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif, dinamik dan progresif.

Piagam Pelanggan NADMA

  1. Semua aduan yang diterima diberi Akuan Penerimaan dalam masa 1 hari bekerja dan dikemukakan maklum balas dalam masa 7 hari bekerja.

  2. Penyaluran Peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI) Ke Kewangan Negeri (JPBN) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  3. Membuat pembayaran bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran lengkap diterima.

  4. Memastikan pengurusan operasi bencana di peringkat daerah/negeri/pusat diselaraskan dalam tempoh 24 jam selepas notis pemakluman diperolehi tertakluk kepada jenis bencana.

  5. Mengatur gerak Pasukan SMART ke lokasi bencana dalam tempoh 24 jam daripada masa kejadian bagi memantau dan menyelaras pengoperasian pengurusan bencana di Daerah/Negeri tertakluk kepada tahap kritikal bencana dan keperluan/lokasi kejadian bencana.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search