Seksyen Mitigasi
- Admin
- Seksyen Mitigasi
VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN
Merangka dan memastikan pelaksanaan program dan inisiatif berkaitan Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR) ke arah masyarakat yang berdaya tahan bencana dan mengarusperdanakan DRR di dalam semua sektor berkaitan.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN MITIGASI
- Merangka dan menyelaras inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction-DRR) untuk meningkatkan pemahaman kepada risiko bencana melalui koordinasi bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan Teknikal, Badan Bukan Kerajaan, akademia dan lain-lain.
- Merangka, menyelaras dan melaksana program pencegahan dan mitigasi bencana bagi pengurangan risiko, meminimumkan impak, dan mencegah pembentukan risiko bencana yang baru.
- Mengukuh dan membangunkan kompetensi serta keupayaan kapasiti dalam pengurangan risiko bencana merangkumi semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan dan masyarakat setempat.
- Membina serta menambah baik jaringan kerjasama dalam aspek DRR di peringkat tempatan, agar seiring dengan peringkat antarabangsa.
- Membina serta meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama dalam DRR di peringkat serantau antarabangsa merangkumi elemen meningkatan kepakaran, perkongsian pengetahuan, teknologi dan mekanisma lain ke arah negara yang berdaya tahan bencana.