Kursus Khas SMART Tahun 2023
- Farah Natasya
- Aktiviti dan Latihan
Puchong ~ Pada hari ini, Pasukan SMART melakar satu lagi sejarah apabila menerima 11 Keanggotaan baru setelah 1 Pegawai, 1 Penyelia dan 9 anggota berjaya mengharungi dan menamatkan Kursus Khas SMART Tahun 2023 yang berlangsung selama 11 minggu. Kesemua mereka akan diletakkan di pelbagai seksyen mengikut keperluan semasa Pasukan. Sepanjang Kursus berlangsung, para pelatih akan dinilai dari pelbagai aspek termasuklah disiplin yang tinggi, semangat setiakawan, kekuatan fizikal dan mental serta ilmu pengetahuan dalam membentuk seorang anggota penyelamat elit yang terlatih dan bermutu tinggi. Pelatih Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PBK II Mohd. Masri bin Tamam , disusuli dengan Pelatih Jasmani Terbaik PPgB Norhisham bin Che Mohd Nor, Pelatih Praktikal Terbaik PB Mohamad Ali bin Zainuddin dan Pelatih Teori Terbaik Insp Abdullah bin Ahmad Sobri. Pemakaian pangkat dan Beret SMART disempurnakan oleh YBrs Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA Encik Meor Ismail bin Meor Akim, disertai oleh pasangan anggota masing-masing. Sejurus sebelum pemakaian Beret ini berlangsung, telah diadakan pemeriksaan berkala "Personal Protective Equipment" (PPE) bagi memastikan siapsiaga pasukan untuk mengaturgerak sebarang operasi dalam ataupun luar negara memenuhi checklist yang ditetapkan.
#malaysiamadanitekadperpaduanpenuhiharapan
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri