PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

 

VISI / MISI DAN OBJEKTIF SEKSYEN

Seksyen Dasar dan Perancangan bertanggungjawab merangka dan menyelaras dasar-dasar makro pengurusan bencana negara meliputi fasa sebelum, semasa dan selepas bencana. Seksyen ini juga bertindak sebagai penyelaras dan penghubung antara NADMA dengan Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam dan luar negara. Seksyen ini juga bertanggungjawab terhadap penglibatan, komitmen serta kerjasama negara di peringkat serantau dan antarabangsa berkaitan isu-isu bencana.

 

FUNGSI SERTA TANGGUNGJAWAB SEKSYEN DASAR

 

  1. Menyedia dan menyelaras kertas/ ulasan/ maklum balas bagi:
  2. Memorandum Jemaah Menteri
  3. Nota Jemaah Menteri
  4. Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM)
  5. Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP)
  6. Dasar berkaitan pengurusan bencana
  7. Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara

 

PELAN STRATEGIK NADMA

 

  1. Menyelaras hal ehwal berkaitan Parlimen:
    :: Pre-council bersama Menteri berkaitan.
    :: Input jawapan Parlimen.
    :: Input penggulungan.
    :: Input jawapan ‘Minister’s Question Time’ (MQT).

  2. Menyelaras hubungan serantau antarabangsa Jabatan khususnya di platform ASEAN, APEC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
  3. Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP)
  4. Mengurusetiakan ‘Committee on International Engagement’ (CIE) yang membincangkan kesesuaian penyertaan dan pencalonan penyertaan khususnya wakil jabatan ke mesyuarat atau latihan di luar negara dengan mengambil kira peruntukan kewangan (perjalanan luar negara) yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

 

PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

 

  1. Penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang diadakan berkala setiap tahun dan mengikut keperluan semasa.
  2. Penganjuran sesi Townhall Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara.
  3. Penganjuran beberapa siri Bengkel Penggubalan Rang Undang-Undang Pengurusan Bencana Negara.
  4. Menyelaras penglibatan pengurusan tertinggi Jabatan dan Menteri ke mesyuarat serantau dan antarabangsa (Mesyuarat ACDM, AMMDM, COP to AADMER, Governing Board of AHA Centre, Global Platform on Disaster Risk Reduction dan sebagainya).
  5. Menganggotai Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana di peringkat serantau antarabangsa antaranya:

 

  • ACDM Working Group on Preparedness, Response and Recovery.
  • ACDM Working Group on Global Leadership.
  • ACDM Working Group on Prevention and Mitigation.
  • Penyelarasan tindak balas dan bantuan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bagi Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.
  • Penganjuran Mesyuarat CIE.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search