PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN

Merangka dan memastikan pelaksanaan program  dan inisiatif berkaitan Pengurangan Risiko Bencana atau Disaster Risk Reduction (DRR) ke arah masyarakat yang berdaya tahan bencana dan mengarusperdanakan DRR di dalam semua sektor berkaitan. 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN MITIGASI

 

  1. Merangka dan menyelaras inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (Disaster Risk Reduction-DRR) untuk meningkatkan  pemahaman kepada risiko bencana melalui koordinasi bersama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan-jabatan Teknikal, Badan Bukan Kerajaan, akademia dan lain-lain.
  2. Merangka, menyelaras dan melaksana program pencegahan dan mitigasi bencana bagi pengurangan risiko, meminimumkan impak, dan mencegah pembentukan risiko bencana yang baru.
  3. Mengukuh dan membangunkan kompetensi serta keupayaan kapasiti dalam pengurangan risiko bencana merangkumi semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan dan masyarakat setempat.
  4. Membina serta menambah baik jaringan kerjasama dalam aspek DRR di peringkat tempatan, agar seiring dengan peringkat antarabangsa.
  5. Membina serta meningkatkan kolaborasi dan jaringan kerjasama dalam DRR di peringkat serantau antarabangsa merangkumi elemen meningkatan kepakaran, perkongsian pengetahuan, teknologi dan mekanisma lain ke arah negara yang berdaya tahan bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search