PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen Penyelarasan Operasi

VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN

Bertanggungjawab sebagai Penggubal Dasar Pengendalian Operasi Bencana Bertindak sebagai penyelaras kepada Gerakkerja Agensi melalui arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) NO.20: Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

 

FUNGSI DAN  TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PENYELARASAN OPERASI

  1. Merancang dan menyelaras koordinasi bantuan bencana dan kemanusiaan negara, termasuk melibatkan bantuan rantau Asean dan Antarabangsa.
  2. Bertindak sebagai penyelarasan program pemurnian/semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) / Emergency Response Plan (ERP) / Business Continuity Plan (BCP) yang melibatkan pengendalian bencana bersepadu (multi-agensi).
  3. Merangka dan menyelaras aktiviti penilaian dan penambahbaikan (post-mortem) bagi aspek koordinasi tindak balas agensi.
  4. Bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa kumpulan kerja kesiapsiagaan dan tindak balas peringkat negara.
  5. Mengelola pelaksanaan program pemantapan pengurus bencana di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
  6. Bertindak sebagai agensi meneraju dalam memberi khidmat nasihat/konsultasi dan sebagai penceramah serta fasilitator bagi program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana.

PERANAN / PENCAPAIAN SEMASA

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi serta khidmat fasilitator dalam pengurusan bencana kepada agensi dalam negara (KKMM, KKM, JPA, ATM, PDRM, Universiti, dll) serta agensi luar negara (ASEAN, AHA Centre, UN-OCHA, UNICEF, WFP, DFAT, dll).
  • Mengurus misi bantuan bencana ke luar negara seperti China, Indonesia dan Itali.
    penglibatan dalam mesyuarat teknikal MKN bagi pengurusan Covid-19 semasa darurat.
  • Mengurus pembayaran stesen kuarantin hotel semasa Covid-19 pada tahun 2020-2021
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search