PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan NADMA

  1. Memastikan akuan penerimaan aduan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja dan aduan biasa yang diterima diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja.

  2. Penyaluran Peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI) ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri / Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dalam tempoh suku tahun keempat (Q4) berdasarkan laporan perbelanjaan dan kedudukan baki peruntukan semasa di negeri.

  3. Membuat pembayaran bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran lengkap diterima.

  4. Memastikan pengurusan operasi bencana di peringkat daerah/negeri/pusat diselaraskan dalam tempoh 24 jam selepas notis pemakluman diperolehi tertakluk kepada jenis bencana.

  5. Mengatur gerak pasukan SMART ke lokasi bencana yang memerlukan kepakaran dan kelengkapan khusus Urban Search and Rescue (USAR)  dalam tempoh segera ke daerah/negeri dalam negara dan ke operasi luar negara yang terjejas bencana untuk misi bantuan kemanusiaan mencari dan menyelamat (SAR).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search