PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin

8 Mac 2024  - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Ketua Pengarah NADMA Ke Atas Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Makhzan bin Mahyuddin. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama dan keperluan pengurusan bencana antara NADMA dan Kerajaan Negeri Sabah termasuk cadangan penambahbaikan pengurusan bencana yang boleh dilaksanakan.   Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah turut berkesempatan menghadiri Sesi Perbincangan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) Daerah Pitas di Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Sabah di Menara Kinabalu, yang turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan status terkini perkembangan pembinaan PPKB Daerah Pitas yang merupakan salah satu projek perintis PPKB.    

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search