PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE LOKASI BANJIR NEGERI PAHANG

11 Januari 2023 - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah ketika mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini 1 & 3. Taklimat situasi banjir daerah Pekan disampaikan oleh YH. Dato' Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mencemar duli melawat PPS Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 dan seterusnya berangkat ke lokasi mendapan pada struktur jalan dan mnyebabkan jalan runtuh di KM73 FT012 Lebuhraya Kuantan - Segamat (Landmark Burung Unta). Taklimat ringkas disampaikan oleh YH. Dato' Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.

Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli melawat lokasi terakhir PPS SK Merchong Jaya dan memberi pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, En Meor Ismail Bin Meor akim Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search