PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Pembenihan awan tingkat kapasiti air Empangan Air Itam 49.9 peratus- Ahmad Zahid

Pembenihan awan tingkat kapasiti air Empangan Air Itam 49.9 peratus- Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Air Itam, Pulau Pinang berjaya menghasilkan hujan dan meningkatkan kapasiti air empangan itu kepada 49.9 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata OPA di Empangan Air Itam dari 11 hingga 13 Jun lalu menunjukkan impak positif apabila hujan berjaya direkodkan pada hari pertama dan kedua operasinya.

Beliau berkata, namun operasi sama yang dilakukan di Empangan Teluk Bahang tidak membuahkan hasil apabila tiada hujan direkodkan.

"Tiada rekod hujan dilaporkan di Empangan Teluk Bahang sepanjang 11 hingga 13 Jun, hujan direkodkan pada pagi 14 Jun sebanyak 59.0 mililiter (mm) berhampiran Empangan Teluk Bahang.

"Hujan juga direkodkan sebanyak 23.0mm berhampiran Empangan Air Itam pada pagi 14 Jun itu dan kapasiti empangan terbabit meningkat kepada 49.9 peratus," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air di kawasan titik panas mencukupi sepanjang musim Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada September ini.

"Namun orang ramai tetap dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga serta peka terhadap persekitaran," katanya.

Awal bulan lalu, media melaporkan simpanan Empangan Air Itam hanya mampu bertahan untuk 40 hari manakala Empangan Teluk Bahang pula selama 146 hari, susulan cuaca panas melanda negara ketika ini.

Setakat 8 Mei lalu, Empangan Air Itam merekodkan paras 41.5 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pada 48.1 peratus.

Susulan penurunan paras Empangan Air Itam dan Teluk Bahang itu, kerajaan negeri memohon bantuan menjalankan operasi pembenihan awan bagi mencetuskan hujan di kawasan tadahan air berkenaan.

Pada 12 Jun lalu, operasi kedua pembenihan awan di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam dijalankan, sebulan selepas operasi pertama. - BERITAHARIAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search