OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Media

Previous Next

14 Mei 2024 - Telah berlangsungnya satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 yang telah dipengerusikan olah YAB Timbalan Perdana Menteri,  YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana peringkat pusat.  Turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan Agensi-agensi Teknikal serta Agensi-agensi Tindak Balas.

Mesyuarat dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) bahawa negara dijangka menerima hujan pada paras purata di kebanyakan tempat dan sedikit atas purata (Sarawak dan barat Sabah) dalam tempoh Monsun Barat Daya yang bermula Mei sehingga September 2024. Selain itu, MET Malaysia juga meramalkan peralihan kepada El Niño and the Southern Oscillation (ENSO) neutral dijangka berlaku pada pertengahan 2024 manakala La Nina dijangka mula terbentuk pada suku ketiga 2024.

Dalam mesyuarat yang sama juga saya turut melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia. Buku garis panduan ini yang dihasilkan NADMA dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam serta sokongan daripada agensi Kerajaan, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) adalah bertujuan untuk memastikan program CBDRM ini dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Negeri dan Daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat untuk membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan (resilient community) terhadap bencana melalui aktiviti kesiapsiagaan. Garis panduan ini boleh dimuat turun di laman sesawang NADMA di www.nadma.gov.my

Previous Next

11 Mei 2024 - Telah berlangsung majlis penutupan bengkel e-pasca dan e-rakan NADMA serta e-sumbangan NADMA yang telah disempurnakan oleh YBrs. En Hussain Bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Untuk makluman, bengkel ini melibatkan seramai 29 peserta dari NADMA. Sistem e-pasca diharapkan agar menjadi sistem data yang akan menjadi rujukan pelbagai agensi bagi membolehkan bantuan kepada mangsa disegerakan.
Previous Next

7 Mei 2024 -  Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi hari ini menyampaikan penghargaan dan meraikan 400 petugas barisan hadapan yang bertugas semasa Monsun Timur Laut 2023/2024 yang berakhir pada bulan Mac 2024 yang lalu. Program anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kerajaan Negeri, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media semasa MTL 2023/2024. Penghargaan ini diberi berdasarkan komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan oleh agensi-agensi terhadap tugas dan bidang masing-masing dalam kesiapsiagaan dan pengendalian sistem pengurusan bencana di Malaysia.

Previous Next

8 April 2024 -Telah berlangsung Sesi Kunjungan Hormat YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) JPM Ke Atas TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada jam 10.00 pagi. Turut hadir ke sesi kunjungan hormat ini, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA.

Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kerjasama pengurusan bencana antara NADMA JPM selaku Agensi Peneraju Utama Pengurusan Bencana dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Semasa sesi kunjungan tersebut, TYT YDP Negeri Pulau Pinang turut berkongsi pandangan dan idea baharu dalam menambahbaik pengurusan bencana negara bersama pengurusan tertinggi NADMA JPM. Sesi kunjungan hormat ini tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search