PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603-8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Mengatur Gerak Pasukan SMART

Mengatur Gerak Pasukan SMART

 

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1995 di bawah Arahan No.19 Majlis Keselamatan Negara berikutan kejadian keruntuhan pangsapuri Highlands Towers pada tahun 1993. Kejadian berkenaan mendedahkan tentang kekurangan negara dalam menghadapi tragedi runtuhan bangunan besar yang menyebabkan Malaysia terpaksa meminta dan menunggu bantuan daripada luar negara. Semasa ditubuhkan, mandat pasukan adalah untuk melaksanakan tugas-tugas mencari dan menyelamat khas yang memerlukan kepakaran, kemahiran dan peralatan serta kelengkapan yang khusus di dalam sesuatu kejadian bencana. 

 

Pasukan SMART telah berjaya mendapat pengiktirafan INSARAG External Classification (IEC) daripada International Search and Rescue Advisory Group yang merupakan sebuah entiti Bangsa- Bangsa Bersatu (United Nations – UN) pada 3 Jun 2016. Sehubungan dengan itu, pasukan SMART akan dinilai semula pada tahun 2021 – INSARAG External Reclassification (IER). 

 

 

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2021 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search