MAJLIS PELEPASAN PENGEDARAN KIT MAKANAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) 2023/2024
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
15 November 2023 - YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mengadakan pelepasan dan lawatan ke Agro Bazar FAMA, meninjau persiapan pengedaran Kit Makanan MTL 2023/2024. Kerjasama NADMA dan FAMA ini telah bermula sejak tahun 2016 bagi membekalkan Kit Makanan kepada mangsa mengikut Ketua Isi Rumah (1 keluarga 1 KM) setelah mangsa berkenaan berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau ketika mangsa hendak balik ke rumah kediaman masing - masing sebagai sumber makanan sebelum kehidupan mangsa berjalan seperti biasa. Bagi fasa pertama sebanyak 40,000 KM telah diedarkan diseluruh negara bagi persiapan MTL. Hadir sama dalam program ini YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan En. Khairi Ghani, Pengarah Logistik.