Sesi Jerayawara : Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA bersama Kerajaan Negeri Kedah.
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
13 September 2023 ~ Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA bersama Kerajaan Negeri Kedah.
Sesi Jerayawara yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pasca Bencana dengan kerjasama SUK Negeri Kedah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ini antara lain bertujuan untuk perkara- perkara berikut:
(i) mengenal pasti dan mendapatkan laporan perbelanjaan keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan NADMA kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2023;
(ii) memberi penerangan berkaitan Tatacara Pemberian Bantuan Bencana di bawah NADMA;
(iii) memberi penerangan berkaitan Tatacara Perbelanjaan Peruntukan Pengoperasian MTL;
(iv) mengenal pasti keperluan pembaikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri;
(v) mengenal pasti keperluan pembinaan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di negeri; dan
(vi) mengkoordinasi sistem bantuan sokongan yang melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri.