Program Jerayawara One ASEAN, One Response (OAOR) bertempat di JEN Penang Georgetown Hotel, Pulau Pinang.
- Farah Natasya
- Program dan Aktiviti
4 September 2023 ~ YB Datuk Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program Jerayawara One ASEAN, One Response (OAOR) bertempat di JEN Penang Georgetown Hotel, Pulau Pinang.
Jerayawara ini adalah anjuran bersama di antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang dengan Kerjasama daripada ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA Centre). lanya disertai wakil-wakil daripada Kementerian dan agensi berkaitan pengurusan bencana di peringkat negeri Pulau Pinang serta di peringkat Persekutuan.
Selain itu, program turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil Kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN, United Nations Development Programme (UNDP), Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea. Secara keseluruhannya, kehadiran dianggarkan seramai 150 orang.
Objektif utama Jerayawara ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai visi dan mekanisme OAOR yang telah dibentuk di peringkat serantau ASEAN serta kebolehoperasian (interoperability) mekanisme ASEAN dengan mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam bantuan kemanusiaan dan bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR).
Program jerayawara ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Kerja ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang perlu dilaksanakan oleh setiap negara ahli ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) melalui badan pengurusan bencana (National Disaster Management Organisation - NDMO) masing-masing. Malaysia merupakan negara keempat selepas Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk menganjurkan program ini.