PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kumpulan Terakhir MAS-01 tiba di Tanah Air

28 Februari 2023, Seramai 49  orang anggota SMART NADMA (MAS-01) selamat tiba ke tanah air pada jam 5 petang tadi. Ini merupakan ketibaan terakhir pasukan SAR Malaysia yang telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang telah melanda Turkiye. 49 anggota ini merupakan sebahagian daripada 70 orang pasukan SMART NADMA yang telah berangkat ke Turkiye pada 6 Februari lalu. 
 
Untuk makluman,  Misi SAR di Gaziantep berlangsung selama 16 hari sehingga Kerajaan Turkiye mengumumkan peralihan kepada fasa pemulihan (recovery). Selain operasi SAR, 2 pasukan in turut terlibat dalam membantu kerja-kerja kemanusiaan seperti pemasangan khemah perlindungan untuk manga yang terkesan bencana. Sebelum pulang ke Malaysia, semua anggota yang terlibat telah melalui proses demobilisasi iaitu penamatan penugasan secara berperingkat dan menjalani proses rehabilitasi di Istanbul termasuk saringan kesihatan sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search