Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia MAS-01 Tiba di Tanah Air
27 Mac 2023 - Seramai 24 orang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART, NADMA), MAS-01, tiba di tanah air petang in menaiki pesawat Turkish Airlines manakala baki 49 orang pegawai dan anggota Pasukan akan tiba menerusi 2 pesawat berasingan esok, 28 Februari 2023. Keseluruhan keanggotaan bagi 2 Kumpulan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) MAS-01 dan MAS-10 adalah seramai 140 orang bersama dua ekor anjing pengesan (K9).
Pasukan MAS-01 telah berlepas pada 6 Februari 2023 bag membantu operasi SAR manga gempa bumi di Selatan Turkiye di mana proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada YA Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye. Pasukan SMART NADMA telah menerima pengiktirafan sebagai Pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR) oleh International Search and Rescue Advisory (INSARAG) di bawah United Nations pada tahun 2016, yang melayakkan pasukan dihantar untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan bencana di luar negara. Dalam misi kali in Pasukan SMART NADMA (MAS-01) diaturgerak sebagai INSARAG CLASSIFIED HEAVY URBAN SEARCH AND RESCUE TEAM dengan kapasiti 70 orang pegawai dan anggota, dimana kontinjen ini dibahagikan kepada komponen utama USA iaitu management, logistic, search, medical dan rescue