Kunjungan hormat Ketua Pengarah NADMA ke atas Ketua Pengarah JBPM di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
18 Januari 2023 - Kunjungan hormat Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus ke atas Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kunjungan ini merupakan pertemuan yang julung kalinya diadakan oleh Ketua Pengarah Nadma semenjak pelantikan beliau pada 27 Disember 2022 yang lalu. Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara NADMA dan juga JBPM. Di samping itu juga melalui pertemuan ini ke dua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu keselamatan dan pengurusan bencana. Semoga pertemuan yang dijalinkan dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Agensi dan Jabatan serta memberi manfaat kepada semua dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.