Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Diteruskan Kepada 10 Lagi Waris Mangsa Tragedi Tanah Runtuh, Batang Kali
17 Januari 2023 - Sesi penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa tragedi tanah runtuh, Batang Kali diteruskan hari ini kepada 4 lagi waris mangsa di Negeri Melaka mewakili 12 mangsa dan juga 6 waris mangsa di Negeri Sembilan mewakili 13 mangsa.
Bantuan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA, En Meor Ismail Bin Hakim Bin Meor Ahmad. Semoga dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa dan waris mangsa yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Batang Kali.