Penyerahan Bantuan Wang Ihsan ke Rumah Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali
12 Januari 2023 - Bagi meneruskan amanat YAB Perdana Menteri pada 16 Disember lalu, hari ini pihak NADMA sekali lagi melawat mangsa serta waris mangsa tragedi Tanah Runtuh, Batang Kali.
Proses pemberian kali ni terbahagi kepada dua kategori iaitu Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa yang terselamat dan Bantuan Ihsan Kematian kepada waris mangsa yang telah meninggal dunia.
Bantuan telah disampaikan oleh Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti Sosial NADMA, En Roselin Bin Rajab. Semoga dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban mangsa dan waris mangsa yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Batang Kali.