PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI

Program dan Aktiviti

Previous Next

 31 Januari 2023 - Petang ini YAB Timbalan Perdana Menteri telah membuat tinjauan ke atas mangsa-mangsa yang ditempatkan di 3 buah PPS di Parit Sulong, Johor. Lawatan YAB TPM bermula di PPS SK Seri Medan yang menemapatkan seramai 264 mangsa terdiri daripada 78 KIR. Kedatangan YAB TPM telah disambut dengan tayangan montaj situasi banjir dan taklimat dari JPBD Batu Pahat.

Pergerakan YAB TPM diteruskan lagi ke lokasi kedua iaitu PPS Sk Seri Sejati dan berakhir di PPS Dewan Orang Ramai Seri Medan yang menempatkan 192 mangsa dari 49 KIR. Tinjauan di lokasi terakhir YAB TPM telah dipersembahkan dengan gimik penyerahan bot dari NADMA kepada tuan Pegawai Daerah. YAB TPM juga berpeluang beramah mesra bersama penduduk-penduduk di ketiga-tiga buah PPS.
 
 
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan 
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Previous Next

26 Januari 2023 - Pagi ini Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Bin Idrus telah hadir ke Ibu Pejabat Astro bagi menghadiri slot temu bual bersama 5 buah stesen radio astro.  Antara stesen radio terlibat adalah Radio Zayan, Sinar Fm, Gegar Fm, Era Fm dan Astro Radio News. Topik pada pagi ini berfokuskan kepada pengenalan apa itu NADMA serta jenis-jenis kepada bantuan yang disalurkan ketika Pasca Bencana. Pihak NADMA berharap dengan usaha kerjasama yang dijalankan dapat membantu orang awam menjadi lebih peka terhadap amaran bencana.
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search