Banjir: Agong titah semua agensi titik berat koordinasi, elak pertindihan tugas
- Aiman
- Berita
Kuala Lumpur: Semua agensi perlu menitikberatkan koordinasi bantuan dan operasi menyelamatkan mangsa banjir bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan, tepat dan cepat.
Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, koordinasi yang baik antara semua agensi amat penting bagi memastikan tidak berlaku pertindihan tugas ketika pelaksanaan operasi menyelamat dan misi bantuan kepada mangsa banjir.
Pada sesi berkenaan, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria.