PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603-8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Berita

TM Aktifkan Pusat Tindakan Krisis Nasional

TM aktifkan Pusat Tindakan Krisis Nasional

KUALA LUMPUR: Seramai 50,000 pelanggan unifi, streamyx dan unifi mobile terkesan apabila sebahagian perkhidmatan komunikasi Telekom Malaysia Berhad (TM) itu terjejas berikutan hujan lebat berterusan tanpa henti sejak Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar, berkata beberapa peralatan telekomunikasi khususnya di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang turut mengalami kerosakan dan mengakibatkan gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan.

Ketika ini, katanya, Pusat Tindakan Krisis Nasional TM sudah diaktifkan dan pihaknya sedang memantau lokasi rangkaian dengan teliti.

"Banjir kilat dan tanah runtuh mengakibatkan beberapa nod kami di tiga negeri berkenaan tidak dapat diakses berikutan paras air yang tinggi dan keadaan tidak selamat.

"Justeru, kami terpaksa mematikan bekalan elektrik dan peralatan rangkaian di beberapa kawasan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan penduduk di situ serta mengurangkan sebarang potensi risiko," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Imri berkata, pihaknya turut bersedia menggerakkan barisan hadapan TM dan apabila keadaan mengizinkan mereka akan segera melaksanakan kerja baik pulih rangkaian di kawasan yang terjejas banjir bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan dan memastikan pelanggan dapat terus berhubung.

Katanya, Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN) turut diaktifkan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada mereka yang terjejas dengan bencana ini.

"Sebagai permulaan, sejumlah RM50 juta diperuntukkan kepada inisiatif bantuan yang terdiri daripada geran padanan bernilai RM25 juta oleh kerajaan, manakala GLC atau GLIC akan bersama-sama menyumbangkan RM25 juta lagi," katanya.

Imri berkata, sebagai ahli GDRN yang diterajui bersama oleh TM sebagai Sekretariat dan Yayasan Hasanah daripada Khazanah Nasional Berhad, pihaknya berkolaborasi dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain untuk menghulurkan bantuan pemulihan bencana yang lain.

Katanya, bersama dengan ahli GDRN yang lain, pihaknya akan menggerakkan usaha membantu dan menyelamat bagi memastikan keperluan dan barangan penjagaan kesihatan asas dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

"Pasukan 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom Askar Wataniah yang terdiri daripada para sukarelawan daripada TM turut dihantar ke lokasi untuk memberikan bantuan dan khidmat kecemasan di seluruh negara dalam bentuk sambungan internet dan talian telefon.

"Walaupun situasi masih tidak menentu, saya bersyukur atas tindakan segera khususnya pasukan kejuruteraan dan khidmat pelanggan TM dalam memastikan para pelanggan kami sentiasa dimaklumkan dan berusaha membaik pulih perkhidmatan sambungan yang amat diperlukan," katanya.

Beliau berharap, mereka yang terkesan dapat menerima bantuan yang amat perlukan," katanya.

-Berita Harian

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2022 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search