PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603-8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Berita

Kira-kira 13,000 waris belum mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19-NADMA

 

KUALA LUMPUR: Kira-kira 13,000 waris atau ahli keluarga pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 belum membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 (BKPC) yang dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hashim, berkata setakat ini pihaknya menerima 4,311 permohonan BKPC dengan 3,496 daripadanya layak, lengkap permohonan dan sudah melalui proses verifikasi data daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan bantuan itu.

"Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 membabitkan warga tempatan di Malaysia saja boleh memohon bantuan khas ini.

"Jadi, saya meminta waris membuat permohonan kerana ruang masih terbuka," katanya pada sidang media menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

BKPC adalah bantuan sekali bayar RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19.

 

Aminuddin berkata, setakat kelmarin pihaknya sudah menyalurkan RM16.1 juta kepada 3,235 waris bagi BKPC dan RM22.2 juta kepada 16,722 pesakit menerusi Bantuan Khas COVID-19.

BKPC adalah bantuan sekali bayar RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19.

Bantuan Khas COVID-19 pula adalah bantuan RM100 sehari (maksimum 14 hari) bagi mereka yang menerima Perintah Kuarantin COVID-19 daripada KKM, menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital atau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) atas arahan KKM.

Mengulas kelewatan pemprosesan permohonan bantuan, Aminuddin berkata, ia antara lain disebabkan permohonan berganda, kematian di luar fasiliti KKM, akaun bank tidak aktif, selain terpaksa melihat semula permohonan daripada mereka yang memang sudah disahkan tidak layak mendapat bantuan itu.

Beliau berkata, tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap diperlukan pihaknya bagi memproses permohonan bantuan, termasuk proses verifikasi dan padanan data daripada KKM.

"Jika data itu ada dalam portal KKM, kita boleh terus proses," katanya.

Aminuddin berkata, bagi mereka yang masih tidak mendapat jawapan permohonan selepas 30 hari, pemohon boleh menghubungi NADMA melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. – BERNAMA

Info lanjut:
Bantuan Khas COVID-19 NADMA
http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA
http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19
Semakan Status Kelulusan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2021 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search