PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603-8870 4800
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Wang Ihsan (BWI)

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Soalan Am Bencana Banjir
  1. Bila bantuan akan tiba?

    Agensi responder sudah berada di kawasan Tuan/ Puan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan. Mohon pihak Tuan/ Puan memberi butiran mangsa (nama, alamat, no.telefon yang boleh dihubungi, koordinat/ lokasi, penyakit yang dihidapi, / keperluan khas) untuk dipanjangkan kepada responder di lapangan.

    Sementara menunggu bantuan, antara yang boleh dilakukan adalah mohon Tuan/Puan/mangsa untuk mengibarkan pakaian berwarna terang bagi menarik perhatian responder di lapangan.

  2. Bagaimana untuk menyemak status keberadaan mangsa di PPS?

    Tuan/ Puan boleh menyemak status mangsa di talian hotline Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): 03-55458570 / 03-83231396.

  3. Bagaimana untuk mengetahui status jalan yang telah ditutup dan jalan alternatif?

    Tuan/Puan boleh melayari laman sesawang http://bencanaalam.jkr.gov.my/ atau menghubungi hotline JKR di talian 03-26107727 bagi maklumat terkini. Selain itu, aplikasi alternatif seperti Google Map dan Waze boleh digunakan.

  4. Adakah Lebuhraya Pantai Timur (LPT) atau mana-mana lebuhraya boleh dilalui atau tidak?

    Tuan/ Puan boleh merujuk pihak pengurusan lebuhraya masing-masing bagi maklumat terkini. (Lebuhraya Pantai Timur di hotline 09-5459111 | Lebuhraya Utara Selatan di hotline 1-800-88-0000).

  5. Dah buat aduan tapi masih tiada tindakan?

    Maaf Tuan/Puan. Pihak kami telah serta-merta memajukan aduan/maklumat tuan kepada Pusat Operasi Bencana Negeri/Daerah dan agensi di lapangan. Kami akan sekali lagi segera majukan aduan/maklumat Tuan/Puan kepada agensi di lapangan untuk tindakan segera.

    Sebagai alternatif, boleh hubungi Bilik Gerakan Negeri.

  6. Saya gagal mengesan ahli keluarga saya?

    Tuan/Puan boleh membuat laporan ke Balai Polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

    Tuan/Puan juga boleh mendapatkan bantuan pihak Bulan Sabit Merah Malaysia di talian : 03-2143 6122 / 03- 2143 7122 / 03-2143 8122.

  7. Bagaimana untuk mendapatkan bantuan makanan/ kesihatan / keperluan khas akibat terkandas dalam banjir?

    Mohon pihak Tuan/ Puan memberi butiran mangsa (nama, alamat, no.telefon yang boleh dihubungi, penyakit yang dihidapi / keperluan khas) untuk dipanjangkan kepada responder di lapangan.

  8. Bila bekalan elektrik dan air akan disambung semula di kawasan rumah saya?

    Tuan/Puan boleh merujuk kepada pihak pembekal utiliti elektrik (TNB : 15454) dan syarikat pembekal air kawasan masing-masing.

  9. Adakah Kerajaan menyediakan bantuan sekiranya rumah saya terkesan/musnah akibat bencana banjir?

    Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah dana bantuan bagi tujuan pemulihan dan pasca bencana, dan sebahagiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Sila rujuk Pusat Operasi Bencana Negeri/Daerah dari semasa ke semasa.

  10. Adakah kawasan saya berpotensi untuk berlaku bencana banjir? Bagaimana saya boleh mendapatkan info-info berkenaan banjir di kawasan rumah saya?

    Sila rujuk Pusat Operasi Bencana Negeri/Daerah, atau Portal Bencana NADMA (https://portalbencana.nadma.gov.my) dari semasa ke semasa.

  11. Bagaimana saya boleh menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir?

    Sila rujuk Pusat Operasi Bencana Negeri atau Daerah untuk maklumat lanjut untuk penyelarasan dan kebenaran menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Penyelarasan Bantuan Kepada Mangsa oleh PKOB adalah penting dalam memastikan pengagihan bantuan yang adil dan mengikut keperluan sebenar mangsa.

    Tuan/Puan adalah sangat digalakkan untuk merujuk terlebih dahulu kepada PKOB bagi mendapatkan maklumat keperluan mangsa dari semasa ke semasa, sebelum menghantar bantuan.

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2022 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search