PORTAL RASMI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
Mon - Fri
08:00-17:00
+603 8870 4800
+603 8870 4906
+603 8870 4896
+603 8870 4848

admin@nadma.gov.my

Panduan Kebenaran Memasuki Malaysia Mulai 1 Jun 2020

GARIS PANDUAN PROSES KEMASUKAN DAN KUARANTIN PERSON UNDER SURVEILLANCE (PUS) YANG TIBA DARI LUAR NEGARA BERMULA 1 JUN 2020

Latar Belakang
Dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19, bermula 3 April 2020 Kerajaan telah memutuskan bahawa semua individu yang memasuki Malaysia dari luar negara akan dikenakan perintah kuarantin wajib di Stesen Kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan , berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mulai 1 Jun 2020, Kerajaan melalui satu ketetapan dasar baru mewajibkan semua individu yang memasuki Malaysia melalui semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) perlu menanggung kos kuarantin dengan 50 peratus daripada kos kuarantin ditanggung oleh Kerajaan bagi warganegara manakala bayaran penuh akan dikenakan kepada individu bukan warganegara.

Individu yang dikenakan perintah kuarantin akan dirujuk sebagai Person Under Surveillance (PUS).

Garis Panduan Ketibaan dari Luar Negara Bermula 1 Jun 2020

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Proses Kuarantin Rakyat Malaysia Dari Luar Negara

 

NADMA MALAYSIA

SOALAN LAZIM (FAQ’S)
BERKAITAN PROSES KUARANTIN RAKYAT MALAYSIA DARI LUAR NEGARA AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA)

  

1.     Kenapa kami kena dikuarantinkan?

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya semua warganegara Malaysia dan rakyat asing yang tiba dikuarantinkan kerana mereka datang dari negara yang mempunyai kes jangkitan penyakit COVID-19. Oleh itu, mereka mempunyai risiko membawa pulang virus dari negara asing. Jadi pengasingan selama 14 hari (atau lebih berdasarkan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia) diperlukan bagi memastikan segala simptom/gejala dapat dikawal memandangkan tempoh inkubasi virus ini adalah selama 14 hari. 

Proses kuarantin ini adalah WAJIB. Setiap warganegara Malaysia & rakyat asing yg tiba di Malaysia melalui semua pintu masuk hendaklah patuh dengan arahan ini.

 

2.     Dimanakah stesen kuarantin terletak:

Stesen kuarantian adalah di lokasi seluruh negara seperti yang ditentukan oleh Kerajaan. Lokasi pusat/stesen kuarantin adalah tertakluk kepada keputusan Kerajaan.

3.     Bolehkah saya mengetahui di mana saya akan dikuarantinkan?

Stesen kuarantin hanya boleh diketahui setibanya di KLIA/ Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) selepas saringan kesihatan dilakukan. Individu yang ditempatkan di Stesen Kuarantin akan dikenali sebagai Person Under Surveillance (PUS)

4.     Adakah makanan dan keperluan lain disediakan di pusat/stesen kuarantin?

Makanan akan disediakan oleh Stesen Kuarantin sebanyak 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam).

5.     Adakah perkhidmatan kuarantin ini disediakan secara percuma?

Mulai 1 Jun 2020, Kerajaan Malaysia telah mengenakan dasar baru terhadap semua individu yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut;

  1. Warganegara: 50 peratus daripada kadar maksimum hotel RM150 sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Warganegara yang memilih untuk membayar sendiri (self-paying): kadar penuh yang dipersetujui antara pihak Kerajaan dan Hotel Sama-Sama, KLIA (atau mana-mana hotel yang ditetapkan oleh Kerajaan).
  3. Bukan Warganegara (Tanggungan): Kadar maksimum RM150 sehari seorang, bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
  4. Bukan Warganegara (Ekspatriat, Pemegang skim MM2H, pemegang status Permanent Resident (PR) atau mana-mana bukan warganegara yang diberikan kelulusan oleh Ketua Pengarah Imigresen untuk memasuki Malaysia : pada kadar penuh yang dipersetujui antara pihak Kerajaan dan Hotel Sama-Sama, KLIA (atau mana- mana hotel yang ditetapkan oleh Kerajaan).
  5. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat: Kos Kuarantin akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

6.     Apakah yang perlu saya lakukan sebelum memasuki Pintu Masuk Antarabangsa?

Semua individu yang akan memasuki Malaysia bermula 1 Jun 2020 perlu:

  1. Menandatangani Surat Aku Janji dan Indemniti / Letter of Undertaking and Indemnity (LoU)
  2. Mendapatkan Notis Perjalanan daripada Perwakilan Malaysia yang ditauliahkan
  • Mempamerkan Notis Perjalanan daripada Perwakilan Malaysia kepada Syarikat Penerbangan, Syarikat Pengangkutan Awam lain dan Jabatan Imigresen Malaysia

7.     Dimanakah saya boleh mendapatkan Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tersebut?

Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang seperti berikut:

  1. Kementerian Luar Negeri : kln.gov.my
  2. Agensi Pengurusan Bencana Negara : nadma.gov.my
  3. Jabatan Imigresen Malaysia : imi.gov.my
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia : moh.gov.my
  5. Jabatan Pengangkutan Malaysia : mot.gov.my
  6. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya : motac.gov.my

8.     Adakah Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) perlu didapatkan di Pejabat Kedutaan Negara asal? 

Tidak. Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tersebut perlu dimuat turun melalui laman sesawang yang dinyatakan seperti di atas.

9.     Bagaimana medium penghantaran Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tersebut?

Setiap pemohon perlu menghantar dokumen berkaitan bersama-sama LoU lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan ke e-mel Perwakilan Malaysia yang ditauliahkan selewat- lewatnya tiga hari sebelum tarikh berlepas. Alamat e-mel Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati di https://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission.

10.  Bagaimana cara untuk saya mendapatan Notis Perjalanan daripada Perwakilan Malaysia yang ditauliahkan?

Setiap pemohon perlu menghantar melalui e-mel Perwakilan Malaysia yang ditauliah dokumen-dokumen seperti berikut:

  • warganegara: Surat Aku Janji dan Indemniti, Dokumen Perjalanan (tiket dan sebagainya) serta Dokumen Pengenalan yang sah
  • Bukan warganegara : Surat Aku Janji dan Indemniti, Dokumen Perjalanan (tiket dan sebagainya), Dokumen Pengenalan yang sah dan Kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia

Tertakluk kepada kelulusan, Perwakilan Malaysia akan mengeluarkan Notis Perjalanan Masuk ke Malaysia (melalui e-mel).

11.  Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak menandatangani Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tersebut?

Individu yang enggan menandatangani Surat Akujanji dan Indemniti (LoU) tidak akan diberikan Notis Perjalanan oleh Perwakilan Malaysia. Notis Perjalanan daripada Perwakilan Malaysia perlu dikemukakan semasa proses pendaftaran masuk penerbangan/ pengangkutan awam yang lain. Bagi penumpang bukan warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan ini boleh menyebabkan individu tersebut tidak diberi kebenaran untuk menaiki pesawat, atau pengangkutan awam yang lain. Bagi kemasukan melalui jalan darat pula, kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut akan menyukarkan proses kemasukan individu tersebut ke Malaysia.

Walau apapun yang dinyatakan di perenggan 6.1 (a) (b) dan (c) di atas, bagi penumpang warganegara Malaysia, kegagalan untuk mengemukakan Notis Perjalanan tidak boleh menyebabkan warganegara tersebut dinafikan hak menaiki pesawat, atau pengangkutan persendirian/ awam yang lain. Kegagalan untuk mengemukakan dokumen tersebut akan hanya menyukarkan proses kemasukan warganegara tersebut ke Malaysia dan juga melambatkan proses kuarantin. Warganegara tersebut masih tertakluk kepada apa-apa peratuan atau arahan perundangan semasa dan tindakan sewajarnya akan diambil setibanya warganegara tersebut di Malaysia.

12.  Apakah yang akan berlaku sekiranya saya enggan/ tidak mampu membayar Kos Kuarantin berikut?

PUS yang enggan membayar kos kuarantin yang dikenakan tersebut boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 22, Akta 342 - Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan 14, Arahan Ketua Pengarah – Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan No. 6 oleh Polis DiRaja Malaysia.

13.  Adakah wifi disediakan di stesen kuarantin?

Kerajaan sebolehnya akan menyediakan wifi di semua stesen kuarantin tertakluk kepada kemudahan fasiliti yang disediakan di stesen kuarantin berkenaan.

14.  Adakah waris boleh menghantar keperluan ke stesen kuarantin?

Tidak digalakkan. Hanya dengan kebenaran petugas bagi barang perlu sahaja. Petugas berhak untuk menolak penghantaran tersebut.

Walau bagaimanapun, proses penghantaran adalah tertakluk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa.

15.  Adakah saya boleh menginap di hotel pilihan sendiri sepanjang tempoh kuarantin?

Tidak. Hanya di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan.

16.  Adakah pengangkutan disediakan untuk ke stesen kuarantin?

Ya, pengangkutan dari pintu masuk Antarabangsa Malaysia ke stesen kuarantin akan disediakan oleh Kerajaan.

17.  Bagaimana proses kuarantin bagi mereka yang transit sahaja di KLIA? 

Bagi penumpang transit ke Sabah/ Sarawak/ Labuan, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan dengan syarat penerbangan berikutnya adalah dalam tempoh 24 jam. Penumpang tidak dibenarkan bermalam di luar daripada terminal penerbangan. Transit ke mana-mana penerbangan domestik (selain Sabah, Sarawak dan Labuan) adalah tidak dibenarkan.

18.  Adakah saya dibenarkan untuk membeli tiket penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarbangsa lain selain KLIA?

Penerbangan terus ke mana-mana Lapangan Terbang Antarabangsa dari negara luar adalah dibenarkan. Individu perlu memaklumkan status penerbangan kepada covid19operation@nadma.gov.my supaya penyelarasan Stesen Kuarantin dapat diaturkan secara efisyen di lapangan.

19.  Bagaimana dengan rakyat yang memerlukan rawatan kesihatan khas dari segi kesihatan– mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan kesihatan?

Jika mempunyai masalah/keperluan khas berkaitan kesihatan, individu yang masuk ke Malaysia perlu merujuk kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas ketika saringan kesihatan dibuat di pintu masuk.

20.  Adakah stesen kuarantin boleh menerima pelawat?

Tidak.

21.  Adakah kami akan berada di sini sepanjang tempoh Kuarantin?

Ya. PUS perlu melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari (atau mana-mana tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia) di stesen kuarantin yang ditetapkan.

22.  Adakah saya dibenarkan untuk berkongsi bilik?

Boleh. Suami/ Isteri dan ahli keluarga dibenarkan untuk berkongsi bilik.

23.  Adakah kanank-kanak akan dikenakan kos yang sama (siling RM150 sehari)?

Bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah kos kuarantin adalah percuma (dengan syarat kanak-kanak tersebut berkongsi bilik dengan ibu/ bapa atau penjaga). Manakala, bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah yang berkongsi bilik, kos kuarantin yang disarankan kepada pihak hotel adalah sejumlah RM50.

24.  Sekiranya lapar di luar waktu jadual makan, apakah yang boleh PUS lakukan?

PUS boleh membuat pesanan bilik (room service) dan ditanggung sendiri oleh PUS. Khidmat penghantaran dari luar seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

25.  Adakah terdapat pemeriksaan Kesihatan berkala sepanjang tempoh Kuarantin?

Ya. Urusan saringan kesihatan akan diselaraskan oleh petugas perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

26.  Sekiranya PUS menunjukkan simptom, apa yang boleh dilakukan?

PUS boleh menghubungi petugas front desk di stesen kuarantin atau petugas APM bagi memaklumkan sebarang isu berkaitan kesihatan untuk tindakan segera oleh petugas Kesihatan.

27.  Adakah stesen kuarantin menyediakan perkhidmatan dobi/laundry?

Bagi stesen kuarantin yang menyediakan perkhidmatan dobi/laundry, PUS boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kos ditanggung sendiri.

28.  Apakah Do’s and Don’t’s ketika di pusat Kuarantin?

Tidak dibenarkan keluar dari bilik penginapan. Tidak dibenarkan merokok.

Tidak dibenarkan berkumpul.

Basuh tangan dengan kerap dan amalkan kebersihan optimum.

Sebarang urusan/pertanyaan hanya melalui saluran yang disediakan seperti telefon/whatsapp/telegram/sms.

29.  Bolehkah kami membeli barangan dari luar?

 Sebarang pesanan luar adalah tertakluk kepada budi bicara petugas stesen kuarantin dengan kos ditanggung sendiri oleh PUS. Walau bagaimanapun, peasanan makanan daripada luar adalah tidak dibenarkan.

30.  Adakah kami dimestikan untuk berada dalam bilik sepanjang tempoh Kuarantin?

Ya. PUS tidak dibenarkan keluar dari bilik penginapan.

31.  Selepas 14 hari, adakah kami akan diberikan sijil atau surat khas untuk kami pulang ke rumah di negeri masing-masing?

Ya. Pihak KKM akan mengeluarkan surat atau release order manakala, pihak Polis DiRaja Malaysia akan mengeluarkan permit pergerakan PKP.

32.  Sekiranya kami mendapatkan COVID-19 test sendiri dan didapati negatif, adakah kami dibenarkan pulang?

Tidak. Ujian kesihatan hanya akan dilaksanakan oleh KKM dan PUS tidak dibenarkan pulang sebelum tamat tempoh 14 hari kuarantin.

33.  Bolehkah saya bertukar ke stesen kuarantin pilihan bagi tujuan Kuarantin?

Tidak.

Catatan:

  1. NADMA beroperasi semasa

        Maklumat Perhubungan Bilik Gerakan NADMA

  1. Untuk sebarang perkara lain, sila rujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di talian hotline - 03-8888

 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tarikh Kemaskini: 31 Mei 2020

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Kajiselidik

Adakah NADMA memberi maklumat bencana yang anda cari?

Tag Cloud

Your browser doesn't support canvas.

Statistik Pengunjung
Pengunjung
Hakcipta @ 2021 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Search